Q4 - Profile Usahawan (Puan Monika Tampulong)

30 November 2016 | Kisah Kejayaan

                                                   

Puan Monika Tampulong merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang berumur 46 tahun dan menjalankan perniagaan kedai runcit. Antara barangan yang dijual di kedai beliau ialah barangan keperluan asas harian seperti beras, barangan dalam tin dan banyak lagi. Dalam realiti sebagai seorang peniaga, Puan Monika juga tidak terkecuali dalam menghadapi situasi di mana terdapat persaingan dalam perniagaan yang sedikit sebanyak merupakan antara kekangan yang dihadapi oleh para peniaga masa kini. Sokongan daripada keluarga merupakan antara suntikan semangat bagi beliau bagi mengembangkan lagi perniagaan ini bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau juga merupakan salah seoarang daripada ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kampung Sogo-Sogo. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam perniagaan beliau kerana melalui persatuan ini ahli persatuan dapat berkongsi pendapat dan cadangan khusus dalam memajukan perniagaan.

Selain itu beliau juga mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer dan sering datang ke Pi1M untuk melakukan urusan jual beli secara atas talian bagi mempelbagaikan lagi jualan di kedainya. Perkongsian idea-idea perniagaan melalui kelas keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia juga membantu beliau dalam mencari idea baru khusus dalam mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Harapan beliau dalam menjalankan perniagaan ini adalah bukan sahaja untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna tetapi juga agar beliau mampu memberikan kepuasan semaksima yang mungkin dalam kalangan pengguna.