Program Penyerahan Tabung DIY

14 December 2016 | Berita Terkini

07 Disember 2016 (Rabu) – Menjelang Perayaan Natal yang  bakal dirayakan tidak lama lagi, pihak pengurusan Pi1M Kg. Sogo-sogo dan persetujuan ibubapa para peserta yang telah menyertai Program Kempen Mari Menabung pada awal tahun ini telah menyerahkan semula tabung yang sudah dibuat pada awal tahun berserta dengan wang yang telah mereka simpan.

 

Sebelum program ini dilaksanakan, taklimat ringkas advokasi KDB berkaitan dengan tips selamat ketika melayari laman sosial Facebook telah dikongsikan oleh Cik Helena Kolurren (Penolong Pengurus Pi1M). Antara mesej yang disampaikan adalah para pengguna perlu log keluar setiap kali sebelum meninggalkan komputer yang digunakan. Selain itu,para peserta juga telah dinasihatkan supaya tidak mengongsikan kata laluan mereka kepada rakan-rakan mereka.
Selepas taklimat ringkas advokasi KDB, penyerahan tabung tersebut telah dilaksanakan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mendedahkan dan mendidik para peserta tersebut supaya mula belajar menabung bermula dari kecil. 


 Pihak pengurusan Pi1M Kg. Sogo-sogo berharap agar setiap peserta yang telah menyertai program ini sudah mendapat manfaat dan akan terus mengamalkan sikap suka menabung ini.