Mengenai PI1M

MAKLUMAT PI1M KG. SOGO-SOGO, TONGOD

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / ICT (Percuma Untuk Ahli)

ü  Jualan Komputer & Aksesori 

ü  Baik Pulih Dan Selenggara Komputer   

ü  Alat Tulis & Kertas

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  

 

MAKLUMAT KOMUNITI KAMPUNG SOGO-SOGO, TONGOD

 

Kredit : En. Jumali Henly Jumali (Pengerusi JKKK, Kg. Sogo-sogo, Tongod)

 

Sejarah Penempatan Kg.Sogo-Sogo

Menurut sejarah penempatan Kampung Sogo-sogo sudah diduduki seawal tahun 1930-an oleh penduduk dari kampung yang berdekatan iaitu dari Kampung Langkabong dan Kampung Malagatan Besar, sehinggalah pada tahun 1960-an penduduk Kampung Sogo-sogo masing-masing berpindah semula ke Kampung Langkabong dan Kampung Malagatan Besar untuk mencari sumber makanan dan peluang-peluang pekerjaan.

Daripada aktiviti pembalakan, jalan raya telah dibina untuk menghubungkan Tongod dan Telupid. Ekoran daripada itu, Kampung Sogo-sogo adalah salah satu kampung yang menjadi laluan jalan tersebut. Menjelang tahun 1970, penduduk asal Kampung Sogo-sogo yang berpindah ke Kampung Langkabong dan Kampung Malagatan Besar telah kembali berpindah ke Kampung Sogo-sogo. Ini adalah kerana perhubungan jalan raya yang baik dapat memudahkan perjalanan penduduk kampung ke Tongod ataupun ke Telupid. Berbanding dengan pengangkutan yang dahulunya hanya menggunakan perahu melalui sungai dan memakan masa yang lama. Ini merumitkan penduduk kampung untuk mendapat rawatan perubatan ke Telupid atau ke Tongod. Akhirnya, bilangan penduduk Kampung Sogo-sogo semakin ramai. Selepas tertubuhnya sekolah pada tahun 1980 di Kampung sogo-sogo telah memberi impak yang besar kepada sejarah penempatan penduduk  Kampung Sogo-sogo.

Sejarah Asal Usul Kg.Sogo-Sogo

Kampung Sogo-sogo juga mempunyai sejarah tersendiri. Menurut penduduk awal Kampung Sogo-sogo, dahulunya Kampung Sogo-sogo dipanggil "didiran" (dalam bahasa tempatan) yang bermaksud “di sepanjang jalan”. Yang mana kawasan-kawasan penempatan penduduk Kampung Sogo-sogo terletak di sepanjang jalan utama. Selain itu, nama Kampung Sogo-sogo juga diambil sempena nama Sungai Sogo-sogo yang berhampiran kerana Sungai Sogo-sogo adalah tempat sumber air dan sumber pencarian makanan penduduk Kampung Sogo-sogo.

 Latarbelakang Kampung Sogo-sogo

Kampung Sogo-sogo terletak di Daerah Tongod, negeri Sabah.  Kampung yang indah dengan suasana yang penuh harmoni memberikan ketenangan kepada penduduk Kampung Sogo-sogo dengan bilangan penduduk yang dianggarkan seramai 1000 orang. Kampung Sogo-sogo melahirkan generasi yang maju dan berpengetahuan serta berkemahiran. Selain itu, tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung menjadi sumber pendapatan keluarga dengan hasil tanaman pertanian seperti kelapa sawit, padi, getah, buah-buahan dan sebagainya. Hasil pendapatan ini memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Ini dapat menyahut cabaran kerajaan untuk menjadikan pertanian adalah satu perniagaan.

95 peratus populasi penduduk yang mendiami Kampung Sogo-sogo ini adalah berbangsa dusun suku mangkaak. Suku Mangkaak memiliki banyak warisan tradisional seperti jenis tarian, pakaian, makanan, bahasa, nyanyian dan kraftangan. Warisan ini sentiasa dipelihara agar suku Mangkaak dapat dikenali oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia khasnya di Sabah.

MAKLUMAT PI1M & KOMUNITI KG. SOGO-SOGO

Lokasi

Kampung Sogo-sogo

UST Area

 

Daerah

Tongod

Negeri

Sabah

Populasi

1262 orang (Termasuk penduduk Veetar Plantation)

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit & Padi), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan Secara Kecil-Kecilan (Ayam & Ikan)

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

935 orang (Termasuk 393 Penerima Netbook 2010 – SMK Penangah)

Lat/Long PI1M

5.455833 / 116.983612

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

01 Mac 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Lindawati Ejasney

Email: linda@celcom1cbc.com

No Telefon: 019 5867074

 

Penolong Pengurus

Nama: Helena Kolurren

Email: helena@celcom1cbc.com

No Telefon: 019 5342138

Website

http://www.celcom1cbc.com/sogo-sogo

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg. Sogo-sogo (Pole 12 Meter) - Gereja

2.     Kg. Sogo-sogo 2 (Pole 12 Meter) – Rumah Pengerusi JKKK, En. Henly Jumali Ramidin

3.     Pi1M Kg. Sogo-sogo (Pole 20 Meter) – Pi1M Tower

4.     SK. Sogo-sogo ( Pole 12 Meter)

5.     Veetar Plantation (Pole 12 Meter)

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Air terjun Kg. Langkabong ( Tinopikon)

Air terjun Kg. Langkabong atau lebih dikenali sebagai Air terjun Tinopikon dikalangan masyarakat yang tinggal di Daerah Tongod terletak lebih kurang 20 km dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Sogo-sogo. Sebelum ini Air terjun Tinopikon belum berapa popular memandangkan laluan atau jalan ke kawasan air terjun tersebut agak sukar dilalui. Tetapi sejak kebelakangan ini, air terjun tersebut semakin dikenali oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Daerah Tongod bahkan masyarakat yang tinggal di luar Daerah Tongod juga mula mengenali air terjun ini.

Kemudahan seperti tapak perkhemahan, tandas awam dan pondok rehat juga disediakan di kawasan ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk bersantai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan bolehlah berhubung dengan Ketua Persatuan Belia, Kampung Langkabon (En. Moree bin Lusais) ditalian 011-29853691.

https://www.facebook.com/pages/Air-Terjun-Langkabong/734259669969694