Ekonomi dan Keusahawanan

Ekonomi dan Keusahawanan

Kampung Sogo-sogo terletak di Daerah Tongod, negeri Sabah.  Kampung yang indah dengan suasana yang penuh harmoni memberikan ketenangan kepada penduduk Kampung Sogo-sogo dengan bilangan penduduk yang dianggarkan seramai 1000 orang. Kampung Sogo-sogo melahirkan generasi yang maju dan berpengetahuan serta berkemahiran. Selain itu, tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung menjadi sumber pendapatan keluarga dengan hasil tanaman pertanian seperti kelapa sawit, padi, getah, buah-buahan dan sebagainya. Hasil pendapatan ini memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Ini dapat menyahut cabaran kerajaan untuk menjadikan pertanian adalah satu perniagaan.

95 peratus populasi penduduk yang mendiami Kampung Sogo-sogo ini adalah berbangsa Dusun suku Mangkaak. Suku Mangkaak memiliki banyak warisan tradisional seperti jenis tarian, pakaian, makanan, bahasa, nyanyian dan kraftangan. Warisan ini sentiasa dipelihara agar suku Mangkaak dapat dikenali oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia khasnya di Sabah.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.