Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Permainan Jenga (Uno Stacko)

23 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 19 Disember 2017 (Selasa), sekitar jam8 hingga jam 9 pagi, PI1M Suang Punggur  telah mengadakan sebuah Pertandingan Permainan Jenga (Uno Stacko) .  Seramai sembilan (9) orang pelajar sekolah rendah & menengah menyertai pertandingan tersebut. Permainaan Jenga merupakan permainan ketangkasan yang menggunakan balok. Ini adalah jenis board game yang  dimainkan dengan ketangkasan yang tinggi. Permainan ini boleh dimainkan secara berumpulan tetapi bagi pertandingan kali ini ia dilakukan secara individu dan diberi 3 pusingan dengan pengadilan kalah mati. Tujuan pertandingan ini adalah bagi menguji ketangkasan serta daya tumpuan peserta untuk melihat... read more

Pertandingan Spelling Bee Online

23 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 19 Disember 2017 (Selasa), PI1M Suang Punggur  telah mengadakan sebuah Pertandingan Spelling Bee Online. Pertandingan ini telah disertai oleh lapan (8) orang pelajar sekolah rendah & menengah. Pertandingan Spelling Bee  online adalah sebuah pertandingan  mengeja perkataan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan apa yang didengar. Peserta yang berjaya mengeja perkataan terbanyak  yang diberikan dengan tepat dalam masa yang pantas akan menjadi pemenang. Pertandingan ini bertujuan untuk mengalakkan pelajar  membaca dengan tepat dan menambahkan lagi pembendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka serta sentiasa menjaga masa yang telah diperuntukkan semasa pertandingan sedang berjalan. Pi1M Suang Punggur berharap... read more

Pertandingan #KDBGolf Challenge & Sambutan Hari Ulang tahun Pi1M Ke-4 Tahun

23 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 19 Disember 2017 (Selasa), Pi1M Suang Punggur telah meraikan ulang tahun yang ke-4 tahun. Sambutan ini diraikan bersama dengan kehadiran sekitar 30 orang komuniti Kg. Suang Punggur. Turut hadir memeriahkan majlis ialah JKKK Kg Suang Kina/Suang Punggur, En. Rosman Sioh, Ketua Kampung Suang Punggur serta AJK PI1M. Sebuah pengisian KDB telah diselitkan semasa sambutan ulang tahun PI1M iaitu pertandingan #KDBGolf Challenge dan diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan “Spelling Bee & Pertandingan Jenga” yang turut disampaikan oleh wakil JKKK & ketua kampung. Acara sambutan ini... read more

PROFIL USAHAWAN: D'Ratna Bakers Cake Maker

16 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Kedai D'Ratna Bakers Cake Maker ini terletak di lot  bangunan Wisma Arked Print Kota Belud yang mempunyai lokasi strategic kerana berada di laluan jalan utama ke Pekan Kota Belud. Pelbagai aneka kek, roti dan biskut yang disediakan dengan harga yang berpatiutan dan semestinya memuaskan hati pelanggan. Alamat Lokasi: D'Ratna Bakers Cake Maker NO. 5, WISMA ARKED PRINT SEMBIRAI, KOTA BELUD. Contact No. : 0198511972 ... read more

PI1M Operations Refresher 2017

15 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 4 dan 5 Disember 2017, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang seluruh kakitangan Pi1M Daerah Kota Belud dan Tuaran telah menjalani PI1M Operations Refresher 2017 iaitu Latihan Tahunan Pengurusan dan Operasi  yang bertempat di Pi1M Perpustakaan Kota Belud untuk persediaan bagi tahun 2018. Latihan tahunan ini telah disampaikan oleh wakil Ketua Kluster Nusuara Technologies Sdn Bhd iaitu Encik Sabarinus Sakunil (Cluster Lead Cluster C) & Puan Nurul Fitrieyanie Abdullah (Cluster Lead Cluster A). Seramai 16 kakitangan Pi1M yang menghadiri sesi latihan ini. Latihan tahunan ini... read more

Program Kursus Latihan Asas Keusahawanan MARA

15 December 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 6 dan 7 Disember 2017, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, sebuah Program Kursus Latihan Asas Keusahawanan MARA kolaborasi MCMC, MARA dan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Klustering Kota Belud iaitu, PI1M Kg Suang Punggur, PI1M Kg Rampayan Laut, Perpustakaan, Tamu Darat & Ambong telah  berlangsung melibatkan usahawan-usahawan sekitar Kota Belud bertempat di Pi1M Perpustakaan Kota Belud. Penceramah jemputan untuk program selama dua hari ini ialah En. Ali @ Zainal Maidin, Ketua Penolong Pengarah, Pembangunan Usahawan MARA Sabah. Kursus ini dihadiri oleh 20 orang peserta. Program ini... read more

Pertandingan Suki: Permainan Tradisional Suku Kaum Iranun

25 November 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 22 November 2017 bersamaan hari Rabu, PI1M Suang Punggur telah bekerjasama dengan PI1M Rampayan Laut & Ambong bagi mengadakan sebuah Pertandingan Suki Belud sempena Hari Terbuka PI1M Rampayan Laut.   Seramai lapan (8) orang golongan warga emas yang telah menyertai pertandingan tersebut  tersebut. Permainan Suki merupakan permainan Tradisional Suku Kaum Iranun di Kota Belud. Permainan ini biasanya dimainkan semasa berkabung kematian . Ianya sangat popular dimainkan suatu ketika dahulu. Tujuan permainan ini diadakan adalah bagi mengekalkan permainanan tradisi daripada terus ditelan zaman selain menguji minda di kalangan peserta.   ... read more

Celik IT Q4 2017: Nur Jumaati Binti Jasmin

25 November 2017 | Kisah Kejayaan

Nur Jumaati  Binti Jasmen, berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Suang Punggur, Kota Belud . Terpilih sebagai celik IT bagi suku ke empat(4) Pi1M Suang Punggur yang telah mendaftar sebagai ahli Pi1M Suang Punggur pada pertengahan tahun 2017. Adik Nur Jumaati  seorang yang aktif berkunjung  ke Pi1M selepas tamat  sesi persekolahan pada sebelah petang untuk melayari internet dan menyertai aktiviti-aktiviti bulanan yang dilaksanakan oleh Pihak Pi1M seperti kelas ICT & pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PI1M. Kisah kejayaan adik Nur Jumaati  adalah, jika dahulunya tidak tahu dalam penggunaan... read more

Aktiviti DIY Penanda Buku Kreatif

18 November 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 16 November 2017 bersamaan hari Khamis, bermula dari jam1petang hingga jam 5 petang, PI1M Suang Punggur telah mengadakan sebuah Aktiviti DIY Penanda Buku Kreatif untuk pelajar sekolah. Seramai 9 orang yang telah menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti DIY Penanda Buku Kreatif yang bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti & inovasi setiap peserta yang terlibat.  Pelbagai penanda buku kreatif yang mampu dihasilkan oleh peserta.  Aktiviti di akhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar.   ... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) & Aktiviti Seni Lukisan Kolaj

18 November 2017 | Berita Terkini

KOTA BELUD: Pada 15 November 2017 bersamaan hari Rabu, bermula dari jam1petang hingga jam 5 petang, PI1M Suang Punggur telah mengadakan sebuah Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) & Aktiviti  Seni Lukisan Kolaj untuk pelajar sekolah rendah. Seramai 15 orang yang telah menyertai aktiviti tersebut. Sebelum aktiviti lukisan berlangsung, program dimulakan dengan satu slot KDB berupa tayangan video mengenai kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Penerangan mengenai video ini juga telah disampaikan kepada peserta yang merupakan ahli PI1M yang mana mereka adalah pengguna PI1M yang berisiko dengan isu-isu... read more

lagi berita & aktiviti