Berita & Aktiviti Terkini

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN TAMAN DESA AMAN BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA TAMAN MUHIBBAH

23 July 2017 | Berita Terkini

23hb Julai, 2017(Ahad) – Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah diadakan dengan anjuran bersama pihak Taman Desa Aman dan Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Anjuran bersama ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama Muslim dan masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan bangsa. Jamuan Hari Raya ini telah diadakan di Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah yang dikendalikan oleh pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Taman Desa Aman bersama pihak PI1M Taman Muhibbah. Seterusnya tetamu dijemput untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh kerjasama dari pihak AJK... read more

PERTANDINGAN DAM KAPAL TERBANG & KUIZ KDB

09 July 2017 | Berita Terkini

09hb Julai 2017 - Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah telah menjalankan satu aktiviti iaitu Pertandingan Dam Kapal Terbang dan kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). Seramai 22 orang peserta telah mengambil bahagian dan peserta yang mengambil bahagian ini terdiri daripada ahli-ahli PI1M Taman Muhibbah. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli PI1M serta mempromosikan PI1M kepada komuniti setempat selain mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program dimulakan dengan pendaftaran para... read more

PROGRAM BARAAN AHLI PI1M TAMAN MUHIBBAH DAN PESERTA KEMAS CAWANGAN TAMAN MUHIBBAH

08 July 2017 | Berita Terkini

  04hb Julai 2017 (Selasa) – Sebuah Program Baraan Bersama Ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah dan Peserta KEMAS Cawangan Taman Muhibbah telah diadakan. Baraan yang berasal daripada perkataan jawa yang membawa maksud kunjung mengunjungi rumah ke rumah di hari raya secara berkumpulan ini telah dijalankan di sekitar Taman Desa Aman. Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silatur rahim diantara para peserta, pertugas PI1M Taman Muhibbah dan juga Tenaga Pengajar daripada KEMAS Cawangan Taman Muhibbah iaitu Puan Norshidah Binti Asmuni.   Program ini telah disertai oleh ahli PI1M Taman Muhibbah yang... read more

Puan Hamisah Binti Nadzri - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

15 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

      Puan Hamisah merupakan usahawan kuih-muih dan kuih raya. Dahulu, beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah. Namun, beliau sangat berminat terhadap bidang perniagaan kuih-muih ini. Oleh itu, beliau telah mengembangkan perniagaan kuih-muih beliau kepada kuih-muih sejukbeku (frozen food) sejak tahun 2015. Beliau juga mempunyai bengkel membuat kuih sejukbeku dan kuih raya. Beliau juga menerima pelbagai tempahan kuih-muih sejukbeku dan kuih panas-panas serta kuih raya. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 014-9411630 atau berhubung terus di bengkel Wande Wancu Enterprise beralamat di Lot 16, Batu 3, Kg. Selabak Luar, Teluk Intan, Perak ... read more

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD HARI RAYA

05 June 2017 | Berita Terkini

05hb Jun, 2017 (Isnin) – Pertandingan Membuat Kad Hari Raya telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah. Pertandingan ini diadakan semasa musim cuti sekolah supaya pelajar sekolah dapat membuat kad ucapan Hari Raya mereka sendiri dan boleh diberikan kepada kenalan atau keluarga mereka. Peserta yang menyertai pertandingan tersebut merasa teruja kerana mereka dapat menghasilkan sendiri kad Hari Raya. Selain mendapat hadiah bagi yang memenangi pertandingan tersebut, peserta juga turut dapat membawa pulang kad yang telah mereka hasilkan.  ... read more

BENGKEL MEMBUAT BISKUT RAYA BERSAMA TENAGA PENGAJAR DARIPADA KEMAS

05 June 2017 | Berita Terkini

05hb Jun, 2017 (Isnin) – Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah dengan kerjasama daripada Guru KEMAS Taman Muhibbah telah menganjurkan sebuah bengkel keusahawanan untuk ahli Pi1M Taman Muhibbah. Di dalam bengkel tersebut, para ahli telah diajar sebanyak dua (2) jenis resepi biskut iaitu Biskut Tumb Print dan Butter Cookies. Para ahli juga turut diberi resepi lengkap untuk kedua – dua jenis biskut tersebut. Setiap ahli diberi peluang untuk turut terlibat dalam menhasilkan biskut tersebut supaya mereka dapat mencuba sendiri untuk membuat biskut tersebut. Dengan resepi dan bahan – bahan yang mudah... read more

Puan Zalina Binti Abdul Kudus - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

18 August 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan zalina merupakan usahawan kuih-muih dan kuih raya. Beliau juga menyediakan katering makanan sekiranya menerima tempahan. Beliau juga merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa dan membuat kuih-muih, kuih raya dan katering sekiranya menerima tempahan. Puan zalina merupakan Ketua Wanita UMNO cawangan Taman Desa Aman pada tahun 2009-2013 dan Timbalan Ketua Wanita UMNO daripada tahun 2009 sehingga kini.  Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 019-5743152 ... read more

Encik Mohd Radzi Bin Abdul Razak - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

18 August 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Mohd Radzi Bin Abdul Razak merupakan bekas pekerja di TNB Teluk Intan dan kini menjadi Ketua Kampung Tapak Semenang selepas bersara daripada TNB. Beliau juga menjalankan perniagaan perkhidmatan pendawaian elektrik untuk rumah, pejabat dan kilang-kilang di sekitar Teluk Intan. Nama Syarikat beliau ialah Silver Technology Services. Syarikat beliau menyediakan perkhidmatan merentang kabel bervoltan rendah dan tinggi, kerja pendawaian untuk rumah dan pejabat, pemasangan penghawa dingin, menerima tempahan cetakan, membekal peralatan elektrik dan pejabat. Hubungi talian 019-5246862 untuk mendapatkan perkhidmatan beliau.   ... read more

Majlis Bacaan Yasin Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

25 May 2017 | Berita Terkini

25hb Mei, 2017 (Khamis) – Sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini, pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah bersama ahli persatuan Kasih Setaman telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin di PI1M Taman Muhibbah. Persatuan Kasih Setaman diwujudkan adalah bertujuan membantu dan meringankan beban ahlinya sekiranya berlaku kematian ahli, keuzuran ahli, dan memberikan sumbangan tenaga sekiranya ahli persatuan tersebut mengadakan majlis kenduri kendara.   Sebelum majlis bacaan Yasin diajalankan, Pengurus PI1M Taman Muhibbah sempat memberikan ucapan alu – aluan dan sedikit penerangan mengenai kesedaran tentang keselamatan menggunakan internet dan turut diselitkan juga... read more

MAJLIS HARI TERBUKA PI1M TAMAN MUHIBBAH BERSAMA KOMUNITI

14 May 2017 | Berita Terkini

14hb Mei, 2017 (Ahad) – Majlis Hari Terbuka Bersama Komuniti telah diadakan bagi memberi peluang untuk merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Dalam program ini juga akan diselitkan dengan program “Klik Dengan Bijak” (KDB). Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak. Selain itu, terdapat juga pertandingan menaip pantas untuk kategori Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah, pertandingan gubahan tuala, dan pertandingan memanah daripada HAFS Archery.  Majlis juga turut disertai oleh pertugas daripada PI1M... read more

lagi berita & aktiviti