Berita Terkini

Nurul Aida - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

16 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nurul Aida merupakan usahawan muda online yang menjalankan perniagaan online melalui media social seperti Facebook, Wechat dan Instagram. Beliau berusia 21 tahun dan memulakan perniagaan online sejak tamat sekolah menengah iaitu 18 tahun. Minat beliau dalam bidang perniagaan mula dikesan semasa beliau masih bersekolah.  Bermodalkan RM500 beliau mula membeli barang secara borong malah menjadi agen dropship bagi mencari pengalaman dalam perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan Emas, Produk Kosmetik dan Gadget (Powerbank, Handphone dan lain-lain) secara sambilan dan bekerja sepenuh masa di Kedai Amiera Aidiel Enterprise  iaitu sebuah kedai yang beroperasi sebagai kedai... read more

Encik Mohd Kamarul Bin Alvi - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

04 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA MOHD KAMARUL BIN ALVI NO. TELEFON 013-4422904 FACEBOOK MOHD KAMARUL ALVI JENIS PERNIAGAAN KEDAI MAKAN LAUK PAUK Encik Mohd Kamarul bin Alvi berusia 28 tahun merupakan ahli PI1M Taman Muhibbah. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Beliau sudah lama menetap di Taman Desa Aman iaitu sekitar Taman Muhibbah. Beliau adalah seorang peniaga kedai makan di R&R Batu 5 sekitar Jambatan Sultan Yusuf dan Jabatan Pengangkutan Awam. Beliau mengusahakan kedai makan bersama ibunya. Beliau sudah mula menceburi bidang keusahawanan ini sejak tahun 2013. Kedai makan beliau mendapat sambutan dari orang persinggahan, golongan perindustrian dan penduduk setempat. Walaupun beliau hanya berniaga di... read more

Puan Raja Noriah Bt Raja Musa - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

10 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA RAJA NORIAH BT RAJA MUSA NO. TELEFON 011-31580905 FACEBOOK NOREEN NOREEN JENIS PERNIAGAAN PENAPIS AIR COWAY Puan Raja Noriah merupakan ahli PI1M Taman Muhibbah. Namun, beliau menggelarkan dirinya sebagai Kak Nor atau Noreen. Minat Kak Nor terhadap usahawan telah dicenderung oleh pekerjaannya sendiri. Kak Nor telah ditawarkan kerja di sebuah syarikat barangan elektronik di Teluk Intan iaitu sebagai pembantu kerani. Pekerjaan beliau lebih cenderung kepada bidang operasi pengkeranian. Namun begitu, beliau tertarik dengan barangan penapis air berjenama Coway. Beliau juga menyatakan bahawa jualan penapis air Coway ini sangat mendapat permintaan tinggi disamping kadar bayaran ansuran yang berbaloi. Oleh yang demikian,... read more

KISAH KEJAYAAN NOR HIDAYAH - SMOKY OVEN

12 September 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA NOR HIDAYAH ABD HADI NO. TELEFON 011-36049569 FACEBOOK PAGES SMOKY OVEN JENIS PERNIAGAAN KEK & PASTRI Cik Nor Hidayah berusia 24 tahun merupakan ahli PI1M Taman Muhibbah. Beliau juga merupakan seorang usahawan membuat kek dan pastri. Beliau menjalankan perniagaannya secara online & offline. Sebelum cenderung ke dalam bidang perniagaan ini, beliau juga seorang pekerja di bawah majikan di sebuah syarikat bank.  Beliau ingin menjadikan kerja usahawan sebagai menambahkan lagi pendapatan di samping mengasah bakat beliau dalam membuat kek dan pastri. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas keusahawanan termasuk kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Taman Muhibbah. Beliau mula menceburkan diri... read more

Puan Nurul Saidatul Azwa Bt Bakri - Usahawan PI1M Taman Muhibbah

19 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA NURUL SAIDATUL AZWA BT BAKRI NO. TELEFON 018-9896946 / 012-4054396 FACEBOOK & FACEBOOK PAGES NURUL SAIDATUL AZWA & DELLA DELIVERY JENIS PERNIAGAAN SERVIS PENGHANTARAN MAKANAN Puan Nurul Saidatul Azwa atau nama panggilan mesranya sebagai Kak Wa berusia 30 tahun merupakan ahli PI1M Taman Muhibbah. Beliau juga merupakan seorang usahawan servis penghantaran makanan (food delivery) di sekitar Teluk Intan, Perak. Beliau juga masih bekerja sebagai pembantu tabika di Tabika Kampong Bahagia, Teluk Intan. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas keusahawanan termasuk kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Taman Muhibbah. Di PI1M, beliau telah didedahkan dengan cara –cara pemasaran melalui Facebook... read more

Program Kesenian Henna

16 December 2017 | Berita Terkini

16hb Disember, 2017 (Sabtu) – Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah telah mengadakan program kesenian Henna iaitu Henna (Berinai) terbuka kepada komuniti & usahawan tempatan yang telah menjadi ahli PI1M Taman Muhibbah. Program ini turut mengundang seorang usahawan Henna, Cik Atiqah dari Teluk Intan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam bisnes Henna. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari ilmu seni berinai yang boleh menjana pendapatan sampingan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi – 1.00 petang dan dijalankan di PI1M Taman Muhibbah. Permulaan program ini... read more

STREET SOCCER KIDS

14 December 2017 | Berita Terkini

14hb Disember, 2017 (Khamis) – Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah bersama PI1M Bandar Baru Teluk Intan telah menganjurkan sebuah program kesukanan futsal yang bertemakan “Street Soccer Kids” khas untuk para pelajar sekolah yang telah berdaftar menjadi ahli PI1M sahaja. Program kesukanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara Pengurus PI1M dengan para pelajar malah mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti kesukanan dan dapat memupuk semangat kesukanan dan menjadikan badan kita lebih sihat dengan bersukan. Program ini bermula pada seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00... read more

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

15 December 2017 | Berita Terkini

10hb Disember 2017 - Telah berlansung sebuah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H anjuran bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Taman Muhibbah dan kumpulan Kasih Setaman serta Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Muhibbah. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengimarahkan suasana Surau Taman Muhibbah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara AJK Suarau, Kumpulan Kasih Setaman, Kakitangan PI1M serta penduduk sekitarnya. Selain itu, majlis seperti ini juga dapat menanamkan sifat cintakan Nabi Muhammad S.A.W. dikalangan golongan muda dan kanak – kanak. Majlis tersebut bermula seawal 8.30 pagi itu dimulakan dengan Perarakan Sambutan... read more

Homemade Mini Craft

27 November 2017 | Berita Terkini

27hb November 2017 – Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah telah menganjurkan satu program usahawan kecil sekitar Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah kepada yang telah menjadi ahli PI1M. Pihak PI1M telah mengadakan program “Homemade Mini Craft” yang berkaitan kraftangan yang dihasilkan menggunakan bahan – bahan terpakai seperti batang aiskrim (bahan utama) dan bahan lain – lain untuk perhiasan. Program ini diadakan bermula jam 10.00 pagi – 1.00 petang. Para peserta mula menggunakan kreativiti masing – masing untuk membuat Kraftangan Bekas Pen & Telefon Pintar menggunakan batang aiskrim. Platform yang digunakan hanya... read more

PROGRAM KESELAMATAN KANAK-KANAK SAHABAT B.I.J.A.K : SAFE & PROTECT DAERAH HILIR PERAK

14 November 2017 | Berita Terkini

14 November 2017 – Sempena bulan Hari Kanak–Kanak Sedunia, Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah bersama Pi1M Kluster Teluk Intan dengan kerjasama MCMC Perak telah menganjurkan satu program Advokasi KDB bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa Teluk Intan berteraskan ‘Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K’ di bawah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kempen ini turut diteruskan lagi dengan pameran dari jabatan PDRM dan Bomba & Penyelamat.   Program ini berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Program ini dijalankan di Dewan Terbuka SK Raja Muda Musa. Jumlah penyertaan dari kalangan pelajar... read more