Program Bengkel Celik Netbook bersama Komuniti Taman Muhibbah dan Taman Desa Aman

10 September 2016 | Berita Terkini

10 Oktober 2016 – Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah telah mengadakan Program Bengkel Celik Netbook bersama ahli dewasa dan warga emas. Program yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah ini telah disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai pengenalan asas komputer dan memberi pengalaman penggunaanya kepada peserta. Para peserta juga diajar mengenai penggunaan microsoft word serta asas bagi membuka akses internet. Program ini mampu untuk mendidik peserta agar lebih mahir dalam menggunakan netbook dan mahir IT supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.

Para peserta mula mendaftarkan diri seawal 9.00 pagi dan mula mengambil tempat di dalam bilik training PI1M Taman Muhibbah. Staf PI1M seterusnya menunjukkan cara-cara penyambungan kabel yang betul sebelum peserta menekan suis “ON”. Peserta diminta untuk melakukan kaedah yang diajarkan bersama-sama agar mereka dapat belajar kaedah yang betul.

Setelah netbook telah di “ON” kan, para peserta didedahkan mengenai peralatan yang terdapat di netbook seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan lain-lain. Peserta di minta untuk memasukkan input menggunakan papan kekunci dan tetikus serta membuka Microsoft word dan paint. Peserta kemudiannya diberikan helaian nota untuk ditaip bagi memahirkan diri menggunakan papan kekunci dan tetikus. Setelah siap, mereka diminta untuk menyimpan dokumen mereka di paparan hadapan (desktop). Pada masa yang sama, staf PI1M akan pergi ke setiap peserta bagi menunjukkan dengan lebih terperinci dan membantu berkaitan perkara yang mereka kurang faham.

Aktiviti yang terakhir ialah cara-cara untuk akses internet. Peserta diterangkan bagaimana untuk “ON” wifi di papan kekunci seterusnya menyambungkan dengan wifi PI1M Taman Muhibbah.  Para peserta diingatkan untuk masuk ke website Kg Tanpa Wayar dan perlu untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan mereka. Setelah akses internet berjaya dilakukan, mereka dibenarkan untuk menggunakan akses internet yang tersedia di hadapan mereka seperti carian google, youtube mahupun facebook.

Di akhir program, peserta diingatkan untuk kerap menggunakan netbook dan akses internet di rumah bagi membantu mereka untuk mengingati pembelajaran pada hari ini.