Program Kreatif untuk Video Pengajaran - "Movie Maker"

24 September 2016 | Berita Terkini

24 September 2016 –Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah telah mengadakan satu program yang bertajuk Program Kreatif untuk Video Pengajaran - "Movie Maker" bagi komuniti di sekitar Taman Muhibbah dan Taman Desa Aman. Tujuan program ini dibuat bagi membantu pelajar dalam menghasilkan sebuah video yang menarik dengan menggunakan teknik-teknik yang baru dan mudah. Program ini adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam bidang fotografi dan teknik “editing video”. Selain Itu, program ini juga diselitkan dengan beberapa aktiviti Klik Dengan Bijak “KDB”. Antaranya ialah tayangan video KDB, penerangan KDB dan contoh keburukan yang berlaku apabila tidak mengamalkan KDB ini.

Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Ini bagi memudahkan proses pengajaran secara dekat dan pemantauan teknik yang diajar dilaksanakan dengan betul oleh para pelajar. Pertama sekali pelajar diajar teknik memegang kamera. Proses ini bagi memastikan sudut kamera adalah dalam keadaan yang betul. Pergerakan kamera haruslah tidak melebihi dari 2 posisi. Sama ada turun ke bawah atau dari kanan ke kiri. Kelajuan juga turut diajar, dimana kelajuan pergerakan kamera haruslah dalam keadaan normal supaya orang yang melihat tidak akan merasa pening.

Teknik zoom iaitu memfokus kepada sesuatu objek juga turut diajar. Teknik ini bertujuan untuk menjadikan sesuatu objek sebagai subjek utama. Pelajar dibenarkan untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang diajar di dalam video yang bakal dihasilkan. Seterusnya Staf Pi1m meminta para pelajar untuk membincangkan video apa yang mereka ingin hasilkan dan perlu menyediakan “story board” agar cerita yang mereka hasilkan tidak akan terkeluar daripada topik. Akhir sekali pelajar diajar untuk memuatkan video yang mereka hasilkan ke dalam aplikasi Movie Maker iaitu aplikasi “Editing Video”. Di harapkan program pada kali ini akan membantu pelajar dalam menghasilkan video-video yang berkualiti.