Ceramah KDB Bersama Pelajar sekolah Kebangsaan Sg Samak

18 October 2016 | Berita Terkini

18 oktober 2016 - Telah berlansung ceramah KDB bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Samak. Program ini merupakan salah satu program yang berkonsepkan ceramah klik Dengan Bijak dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia  Kampung Sungai Samak dan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah di sekolah Kebangsaan Sungai Samak. Program yang berlangsung pada seawal jam 8.30 pagi itu dihadiri oleh murid tahun lima dan enam serta para guru pembimbing. Antara acara dan slot yang diberikan kepada murid-murid ialah penerangan dari slide mcmc berkaitan dengan klik dengan bijak dan beberapa slot tayangan video dari mcmc serta slot soalan. 

Penekanan turut diberikan kepada pelajar sekolah berkaitan kepentingan Klik Dengan Bijak serta Jenayah Cyber. Pelajar diberi penerangan dari slide yang ditunjukkan serta diberikan soalan bagi meningkatkan pemahaman mereka. Setiap soalan yang dijawab betul oleh pelajar diberikan cenderahati daripada pihak PI1M.  Selain itu para pelajar juga disediakan cenderahati keseluruhan sebagai ucapan terima kasih kerana terlibat dengan program yang PI1M anjurkan.

Murid yang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan mendapat hadiah yang disediakan, seterusnya, murid- murid yang menyertai program ini juga turut mendapat hadiah saguhati dari pihak Pusat Internet 1 Malaysia.