Program Bubur Asyura & Sambutan Hari Lahir bersama KEMAS

19 November 2016 | Berita Terkini

19 November 2011 -  Pusat internet 1 Malaysia Taman Muhibbah telah mengadakan 2 program secara serentak iaitu Program Mengacau Bubur Asyura dan Majlis Sambutan Hari Lahir bersama Peserta KEMAS Taman Muhibbah dan Taman Desa Aman. Program ini merupakan acara wajib setiap tahun sempena menyambut kedatangan Bulan Muharram.

Selain amalan berpuasa sunat, amalan sunat yang lain ‘Bubur Asyura’ sinonim dengan bulan Muharram ini. Manakala, Program Sambutan Hari Lahir Pelajar KEMAS dibuat bagi merapatkan silaturrahim di antara guru dan pelajar kemas. Pada masa yang sama, program ini dapat memberikan peluang kepada staf PI1M dalam menerangkan berkaitan kelas-kelas yang telah PI1M laksanakana serta menerima sebarang cadangan daripada komuniti setempat. Dikesempatan yang ada, staf PI1M turut memberikan taklimat berkaitan KDB kepada pelajar.

Gambar: Peserta KEMAS mengacau bubur Asyura secara bergotong-royong

Gambar: Bubur Asyura manis

Gmbar: Bubur Asyura Pedas (bubur Lambuk)

Bahan penyediaan Bubur Asyura telah disediakan oleh pelajar KEMAS sebelum bermulanya program ini. Penyediaan Bubur Asyura dimulakan awal pagi, kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk di masak. Pelajar KEMAS telah menyediakan 2 jenis hidangan Bubur Asyura iaitu Bubur Asyura Manis dan Bubur Asyura Pedas seperti Bubur Lambuk.

Tugas pelajar di bahagikan kepada dua iaitu penyediaan bubur manis dan bubur pedas. Proses mengacau mengambil masa yang agak lama justeru, pelajar bergotong-royong dan saling membantu bagi meringankan tugas.  Pada Masa yang sama staf PI1M membantu pelajar yang bertanyakan masalah berkaitan telefon mudah alih mereka mahupun Netbook 1 Malaysia. Setelah Bubur Asyura sedia masak, Bubur Asyura diletakkan di dalam bekas Tupperware yang telah disediakan dan diagihkan kepada komuniti setempat.

Gambar: Bubur Asyura diagihkan kepada komuniti setempat

Usai memasak bubur Asyura, bermulalah program Majlis Sambutan Hari Jadi untuk peserta KEMAS yang lahir pada bulan Mei sehingga November. Majlis sambutan Hari Lahir bermula dengan ucapan Guru KEMAS dan Pengurus PI1M Taman Muhibbah. Ucapan tahniah dan sedikit taklimat turut diberikan. Seterusnya Bacaan Doa Selamat dan Doa makan dimulakan bagi tujuan merahmati majlis. Peserta yang diraikan dipanggil kehadapan untuk memotong kek hari lahir dan pulut kuning dan bergambar.

Terima kasih kepada peserta yang terlibat dan selamat hari lahir kami ucapkan.

Gambar: Taklimat Guru KEMAS

Gambar: Taklimat Pengurus PI1M Taman Muhibbah

Gambar: Peserta memotong kek dan pulut kuning

Gambar: Kek Peserta

Gambar: Pulur kuning yang disediakan peserta KEMAS

Gambar: Acara penyampaian hadiah hari lahir 

Gambar: Acara bergambar pada hujung Program