Kursus Pengurusan Katering anjuran bersama KEMAS

17 December 2016 | Berita Terkini

17 Disember 2016 – PI1M Taman Muhibbah dan KEMAS telah menganjurkan satu Program iaitu Kursus Pengurusan Katering yang telah dirasmikan oleh En Zamanhuri Bin Yaakob iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan. Program yang bertempat di Dewan Komuniti Kampung Selabak ini telah berlansung daripada pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan seperti Taklimat Pengurusan Katering yang telah disampaikan oleh Guru KEMAS, penyediaan makanan serta penyampaian sijil penyertaan.

Program di mulakan dengan bacaan doa oleh wakil pihak KEMAS serta ucapan daripada En Zamanhuri bagi merasmikan majlis. Seterusnya acara penyediaan makanan dimulakan dan peserta dibahagikan kepada kumpulan agar mudah untuk proses penyediaan.

Setiap proses yang peserta lakukan adalah mengikut kaedah yang betul supaya peserta dapat mempraktikkan di luar nanti. Selesai aktiviti penyediaan makanan, peserta diberikan sijil juga disampaikan oleh En Zamanhuri Bin Yaakob.

Terima kasih kami ucapkan kepada Pihak KEMAS kerana sudi berkerjasama dengan pihak PI1M serta peserta yang terlibat dalam program ini.