Mesyuarat AJK PI1M & Kasih Setaman

10 December 2016 | Berita Terkini

10 Disember 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan hari penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PI1M Taman Muhibbah yang selama ini telah banyak membantu dalam merealisasikan Program yang dianjurkan. Di awal program, Pengurus PI1M telah memberikan sedikit ucapan sebagai tanda menghargai sumbangan tenaga mahupun wang ringgit yang telah mereka salurkan. Selesai ucapan Pengurus, wakil daripada AJK PI1M Taman Muhibbah juga turut memberikan sedikit ucapan. Ini juga bertujuan bagi mencari dan memperbaiki segala kelemahan pada tahun 2016 dan memperbaikinya. Semoga ikatan ukhuwah di antara Urusetia PI1M dan AJK dapat berterusan sehingga bila-bila. Di akhir Program, Pihak PI1M turut memberikan sedikit saguhati tanda ucapan terima kasih serta jamuan makan.

Manakala program Kasih Setaman pula diadakan selepas tamat program Mesyuarat AJK PI1M. Program ini bagi membincangkan aktiviti bagi Program untuk bulan Disember. Untuk makluman, pihak PI1M Taman Muhibbah bertanggungjawab untuk program yang dianjurkan oleh Kumpulan Kasih Setaman. Kumpulan ini pula memberikan khidmat seperti membantu dalam Majlis-Majlis Perkahwinan. Malah Kumpulan ini juga membantu dalam Majlis seperti Kematian. Tujuan utama adalah bagi meringankan beban khususnya Keluarga yang terlibat. Pelbagai perkara di bincangkan serta program di akhiri dengan jamuan makan sebagai tanda terima kasih daripada Pihak PI1M.