Program Selamat Kembali Ke Sekolah : Moh Pi Gunting Rambut

01 January 2017 | Berita Terkini

1 Januari 2017 – Program Selamat Kembali Ke Sekolah merupakan Program anjuran YB Dato' Mohd Azhar Jamaluddin iaitu DUN Changkat Jong. PI1M berperanan meraikan majlis yang dibuat dengan menyediakan tempat pendaftaran kepada pelajar untuk menyertai program yang dianjurkan. Sebanyak 2 khemah telah didirikan di hadapan PI1M Taman Muhibbah di mana seramai 6 orang tukang gunting rambut profesional daripada 4 kedai gunting rambut di sekitar Teluk Intan dijemput khas bagi memberi khidmat gunting rambut percuma ini.

Khidmat gunting rambut secara percuma ini bertujuan memberi persiapan kepada kanak-kanak dan remaja sebelum memulakan sesi persekolah dari segi persiapan diri. Selain itu juga, ia dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan anak-anak sebelum sesi persekolahan bermula. Sambutan pada kali ini amat menggalakkan di mana pelajar mula mendaftarkan diri seawal 1.00 tengahari bagi mendapatkan tempat untuk menggunting rambut oleh tukang gunting rambut professional yang disediakan oleh YB Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin.

Ibu bapa juga turut hadir bagi memeriahkan acara ini serta memberi semangat kepada anak-anak yang masih kecil. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Terima kasih diucapkan khasnya kepada YB Dato' Mohd Azhar Jamaluddin iaitu DUN Changkat Jong kerana menganjurkan program seperti ini serta mereka yang hadir dan memeriahkan majlis yang dianjurkan. Diharapkan program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan kerana ia sangat membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban ibu bapa di kawasan ini.