New Year 2017 Trip : Cameron Highlands

07 January 2017 | Berita Terkini

7 Januari 2017 – Program Hari keluarga bersempena sambutan tahun baru 2017 telah dibuat di Cameron Highlands Pahang. Lokasi ini merupakan lokasi pilihan komuniti Taman Muhibbah dan Taman Desa Aman. Rata-rata ibu bapa memilih Cameron Highlands sebagai lokasi percutian pada kali ini bersama keluarga kerana mereka dapat melawat banyak tempat yang menarik di Cameron Highlands selain dapat membeli belah.

Pihak PI1M juga telah menganjurkan aktiviti yang menarik sepanjang kami berada di sana seperti melawat MARDI iaitu  merupakan kawasan pertanian yang berasaskan Agro Technology. Peserta dapat melihat kaedah penanaman yang betul serta dapat membeli pokok bunga mahupun sayuran sebagai saguhati untuk di bawa pulang. Selain itu juga, peserta turut di bawa ke Taman Bunga Lavender, Pasar Brinchang, Pasar Pagi, pelbagai kedai di Tanah Rata, Ladang Teh Cameron Valley dan lain-lain.

Aktiviti seperti ini selain dapat memberi kepuasan kepada peserta ia juga dapat merapatkan silaturrahim diantara ahli PI1M dengan Staf selain menarik lebih ramai untuk menjadi ahli PI1M Taman Muhibbah. Kami sebagai Staf PI1M akan terus menganjurkan aktiviti keluarga seperti ini di masa hadapan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat.