Mengenai PI1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) ini merupakan salah sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan perlaksanaannya dilakukan oleh Celcom dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Oleh itu, peranan dan kepentingan PI1M kepada Komuniti setempat adalah amat penting bagi memperbaiki taraf hidup penduduk setempat dalam arus permodenan zaman sekarang yang menitik beratkan soal pengetahuan dan penggunaan IT di kalangan penduduk.

Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah mula beroperasi pada 01hb Julai 2015. Matlamat PI1M Taman Muhibbah adalah untuk memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat dan memberikan pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet. Selain itu, PI1M Taman Muhibbah juga ingin membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk setempat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M ini. Selaras dengan itu, jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan.

Pi1M dilengkapi oleh:

1. 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.

2. Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.

3. Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Penghawa-Dingin (Air-Cond).

4. Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.

5. Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.


Sejarah

Fasa pertama Taman Desa Aman mula diduduki sekitar tahun 1986 dan diikuti dengan pembukaan fasa kedua Taman Desa Aman serta Taman Muhibbah pada tahun 1992 yang terdiri daripada tiga (3) jenis kategori rumah iaitu rumah kos RM25 ribu, RM35 ribu, dan RM45 ribu. Taman Desa Aman mempunyai 600 unit rumah keseluruhannya iaitu terdiri daripada 300 unit milik kaum  Melayu, 290 unit milik India, dan 10 unit milik kaum Cina. Manakala, Taman Muhibbah mempunyai 200 unit rumah yang terdiri daripada 170 unit rumah milik kaum India dan selebihnya 30 unit rumah milik kaum Melayu. Peratusan penduduk mengikut kaum adalah India sebanyak 57.50 peratus, Melayu 41.25 peratus, dan Cina sebanyak 1.25 peratus.

Seramai 66.75 peratus penduduk Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah adalah merupakan pekerja kerajaan daripada sektor seperti Jabatan Polis, Hospital, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta termasuk juga yang bekerja dengan syarikat swasta. Selebihnya, sebanyak 33.25 peratus penduduk adalah bekerja sendiri dengan membuka perniagaan sendiri di sekitar lot kedai Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah serta terdapat juga segelintir penduduk di sini yang mengusahakan ladang kelapa sawit milik sendiri.

Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah dilengkapi dengan kemudahan Dewan MPTI Taman Desa Aman untuk kegunaan bersama penduduk di kedua – dua taman serta padang futsal yang bakal dibina bersebelahan dengan dewan tersebut. Terdapat juga bengkel motorsikal serta bengkel kereta selain daripada premis perniagaan restoran makanan serta kedai runcit di sekitar bangunan lot kedai di sekitar kawasan perumahan ini. Selain itu, terdapat kilang pemprosesan dan penjualan sabun yang diusahakan oleh Syarikat Hilamathi Enterprise.


Plaza Restoran dan Rehat Batak Rabit

Plaza Restoran dan Rehat Batak Rabit ini terletak 1.5 km dariapa Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah. Plaza Restoran dan Rehat Batak Rabit ini terkenal kerana ia beroperasi 24 jam bagi memudahkan pengguna jalan raya berhenti dan berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan semula. Terletak di Batu 5 Jalan Maharajalela dan berhampiran persimpangan jalan ke Lumut dan Hutan Melintang. Ia merupakan jalan utama untuk ke tempat peranginan Pulau Pangkor. Plaza ini menempatkan beberapa buah restoran makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, tengah hari, dan malam. Selain itu, di sini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas awam, kedai runcit, taman permainan kanak – kanak serta tempat untuk memancing.

 

Diamond Bay Golf & Country Club

Diomand Bay Golf & Country Club terletak sejauh 10.3 km daripada Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah dan terletak di dalam kawasan Estate Rubana Batu 5, Mukim Sungai Durian, Teluk Intan. Diomand Bay Golf & Country Club dibawah kelolaan Malaysian Golf Tourism Associate (MGTA) iaitu sebuah badan bukan bermotifkan keuntungan dan bekerjasama dengan Kementerian Perlancongan Malaysia bagi menarik lebih ramai pelancong luar dengan merasai sendiri keindahan Negara kita dengan pelbagai jenis Golf Course daripada tanah tinggi ke tepian pantai yang indah serta daripada Bandar ke Hutan Hujan di seluruh Malaysia.


Restoran D’Hentian Batu 8

Lokasi restoran terletak di Batu 8 Jalan Maharajalela dan hanya 2.3 km dari Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah. Restoran ini juga terletak di pinggiran Sungai Perak. Para pengunjung dapat menikmati hidangan makanan sambil menyaksikan panorama petang hingga malam di tepi Sungai Perak. Selain itu juga, bagi peminat dan kaki pancing juga boleh melakukan aktiviti memancing di tepi sungai tersebut.

 

Perusahaan Ladang dan Kilang Kelapa Sawit

Di sekitar Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah terdapat banyak kawasan ladang serta kilang pemprosesan kelapa sawit. Antara perusahaan dan ladang kelapa sawit yang terdapat di sekitarnya adalah seperti:-

  1. Sime Darby Plantation
  2. Dominion Palm Oil Mill Sdn. Bhd., merupakan anak Syarikat Soon Seng Group terletak di Batu 7 Jalan Maharajalela.
  3.  Nova Scotia Oil Palm Mill, merupakan anak Syarikat Consolidated Plantations dan lebih dikenali sebagai Sri Intan Oil Palm Mill terletak di Batu 5 Jalan Maharajalela.
  4. Syarikat Peladang & Perusahaan Minyak Sdn. Bhd. Terletak di Batu 4 ½ Jalan Maharajalela.
  5. Jenderata Oil Palm Mill anak Syarikat United Plantation Berhad yang terletak di Batu 16 ½ Jalan Maharajalela.
     

      Lokasi 

     Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah

      UST Area

 

      Daerah

     Hilir Perak

      Negeri

     Perak Darul Ridzuan

      Populasi

     3200

      Aktiviti Ekonomi Utama

     Pertanian (Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan, Perindustrian (Perkilangan)

      Jumlah Keahlian

      (setakat 14 Ogos 2016)

     282 orang

      Lat/Long PI1M

     Latitud:3.958, Longitud:100.971

      Teknologi

     Hub & Spoke – Microwave

      Permberi Perkhidmatan

     Celcom Axiata Berhad

      Tarikh Bermula Beroperasi

     01 Julai 2015

      Maklumat Pengurusan PI1M

 

     Pengurus

     Nama: Siti Khairani binti Mat Aris

     Email: sitikhairani@celcom1cbc.com

     No Telefon:03-7451 8080 ext 11629

 

     Penolong Pengurus

     Nama: Nadia binti Mohd Fauzi

     Email: nadiafauzi@celcom1cbc.com

     No Telefon:03-7451 8080 ext 11628

      Website

     http://www.celcom1cbc.com/taman-muhibbah

      Kampung Tanpa Wayar

     1.     Kg Desa Aman (12m KTW Pole)

     2.     Kg Pisang (12m KTW Pole)

     3.     Surau Al-Muddhasir (12m KTW Pole)

     4.     Surau Taman Muhibbah (12m KTW Pole)