Ekonomi dan Keusahawanan

Aktiviti ekonomi utama di sekitar PI1M Taman Muhibbah ialah Pertanian (Perusahaan Ladang dan Kilang Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan dan Perindustrian (Perkilangan)

Di sekitar Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah terdapat banyak kawasan ladang serta kilang pemprosesan kelapa sawit. Antara perusahaan dan ladang kelapa sawit yang terdapat di sekitarnya adalah seperti:-

  • Sime Darby Plantation
  • Dominion Palm Oil Mill Sdn. Bhd merupakan anak Syarikat Soon Seng Group terletak di Batu 7 Jalan Maharajalela.
  • Nova Scotia Oil Palm Mill merupakan anak Syarikat Consolidated Plantations dan lebih dikenali sebagai Sri Intan Oil Palm Mill terletak di Batu 5 Jalan Maharajalela.
  • Syarikat Peladang & Perusahaan Minyak Sdn. Bhd. Terletak di Batu 4 ½ Jalan Maharajalela.
  • Jenderata Oil Palm Mill anak Syarikat United Plantation Berhad yang terletak di Batu 16 ½ Jalan Maharajalela.

Di antara Restoran yang terdapat di sekitar ialah Restoran D’Hentian Batu 8, Diamond Bay Golf & Country Club, Plaza Restoran dan Rehat Batak Rabit. Selain itu juga, terdapat banyak kedai runcit di sekitar bangunan lot kedai di sekitar kawasan perumahan serta kilang pemprosesan dan penjualan sabun yang diusahakan oleh Syarikat Hilamathi Enterprise. 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.