Komuniti

Di Teluk Intan terdapat beberapa komuniti penggerak badan kerajaan untuk menjaga kebajikan serta keselamatan komuniti di sekitar Teluk intan. Antaranya ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan lain-lain.

Antara aktivti komuniti yang biasa di jalankan seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh badan kerjaaan, larian amal, kempen menderma darah dan lain-lain lagi. Komuniti disekitar Teluk Intan amat aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.

Selain itu, terdapat juga lembaga pengurus kerajaan tempatan yang ditubuhkan sendiri oleh Majlis Daerah Hilir Perak. Antaranya ialah:

  • LPKT Langkap
  • LPKT Chui Chak
  • LPKT Pelawan
  • LPKT Batu Dua Belas
  • LPKT Hilir Perak
  • LPKT Teluk Intan

Di Teluk intan juga terdapat persatuan belia lelaki mahupun wanita bagi penggerak golongan belia supaya golongan ini dapat bekerjasama dan membantu antara satu sama lain bagi mencapai kemajuan yang akan datang sama ada untuk Teluk Intan sendiri mahupun negara Malaysia. 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.