Maklumat Tempatan

Sejarah

Fasa pertama Taman Desa Aman mula diduduki sekitar tahun 1986 dan diikuti dengan pembukaan fasa kedua Taman Desa Aman serta Taman Muhibbah pada tahun 1992 yang terdiri daripada tiga (3) jenis kategori rumah iaitu rumah kos RM25 ribu, RM35 ribu, dan RM45 ribu. Taman Desa Aman mempunyai 600 unit rumah keseluruhannya iaitu terdiri daripada 300 unit milik kaum  Melayu, 290 unit milik India, dan 10 unit milik kaum Cina. Manakala, Taman Muhibbah mempunyai 200 unit rumah yang terdiri daripada 170 unit rumah milik kaum India dan selebihnya 30 unit rumah milik kaum Melayu. Peratusan penduduk mengikut kaum adalah India sebanyak 57.50 peratus, Melayu 41.25 peratus, dan Cina sebanyak 1.25 peratus.

Seramai 66.75 peratus penduduk Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah adalah merupakan pekerja kerajaan daripada sektor seperti Jabatan Polis, Hospital, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta termasuk juga yang bekerja dengan syarikat swasta. Selebihnya, sebanyak 33.25 peratus penduduk adalah bekerja sendiri dengan membuka perniagaan sendiri di sekitar lot kedai Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah serta terdapat juga segelintir penduduk di sini yang mengusahakan ladang kelapa sawit milik sendiri.

Taman Desa Aman dan Taman Muhibbah dilengkapi dengan kemudahan Dewan MPTI Taman Desa Aman untuk kegunaan bersama penduduk di kedua – dua taman serta padang futsal yang bakal dibina bersebelahan dengan dewan tersebut. Terdapat juga bengkel motorsikal serta bengkel kereta selain daripada premis perniagaan restoran makanan serta kedai runcit di sekitar bangunan lot kedai di sekitar kawasan perumahan ini. Selain itu, terdapat kilang pemprosesan dan penjualan sabun yang diusahakan oleh Syarikat Hilamathi Enterprise.

 Bandar: Teluk Intan

Mukim: Changkat Jong

Dearah: Hilir Perak

 Jumlah Penduduk: 15,647 Orang

Bil Keluarga: 3,136 Orang

  • Lelaki: 8,008 Orang
  • Perempuan: 7,639 Orang

 

Pecahan Penduduk :

  • 40% Melayu
  • 10% Cina
  • 55% India
  • 5% lain-lain

 Wifi Komuniti: 5 lokasi 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.