Pendidikan

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.

Bandar Teluk Intan juga tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan bagi menjamin komuniti yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kerajaan negeri telah mendirikan beberapa institusi pendidikan di sekitar Teluk Intan.

 

Antara pusat pendidikan yang popular di Teluk Intan:

  • UiTM Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan
  • UniKL cawangan Teluk Intan
  • Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
  • Kolej Komuniti Teluk Intan

 

Sekolah sekitar Teluk Intan:

  • SMK Seri Perak, Teluk Intan
  • SMK Seri Kandi
  • SMK Horley Methodist
  • SMK Raja Muda Musa
  • SMK Abdul Rahman Talib
  • SMK St Anthony
  • SMK Sultan Abdul Aziz
  • SMK Convent Teluk Intan
  • SMK Seri Setia
  • SMJK San Min

https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/t31.0-8/12891488_1152126504840157_8805041103166489853_o.jpg

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.