Berita & Aktiviti Terkini

PROFIL USAHAWAN : KAMARIAH BINTI MAWAN

31 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Kamariah menetap dan tinggal di Kampung Tingkalanon, Kota Marudu. Sebelum bergelar peniaga, Puan Kamariah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama mengusahakan tanaman padi sendiri. Puan Kamariah dan suami dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Suami beliau juga hanya bekerja sebagai petani demi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Namun kini Puan Kamariah telah berusaha bangkit dari kemiskinan dan lebih berjaya. Beliau sudah ada gerai tempat beliau berniaga setiap hari. Puan Kamariah sedar dia harus kuat demi anak-anak beliau yang masih ramai bersekolah. Anak-anak dan suami merupakan penyokong... read more

Monopoly Game

31 July 2017 |

Pada tarikh 23haribulan Julai yang lepas, PI1M Tandek mengadakan aktiviti santai bersama ahli yang datang. Seramai sepuluh orang daripada ahli yang berkunjung ke PI1M Tandek telah mengikuti permainan yang dianjurkan iaitu Monopoly. Lapan orang daripadanya terdiri daripada peserta perempuan dan selebihnya ialah peserta lelaki. Monopoly merupakan salah satu permainan yang amat popular di seluruh dunia dan amat mudah untuk dimainkan. Ia sangat sesuai dimainkan bersama-sama dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan untuk menikmati masa bersama dan mendapatkan keseronokan. Bukan sahaja sekadar untuk bersuka-ria tetapi permainan Monopoly juga dapat merangsang minda seseorang untuk... read more

Advokasi : Online Grooming

29 July 2017 |

Tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa kecanggihan teknologi membawa banyak kelebihan dan memudahkan kehidupan umat manusia. Namun dari sisi yang lain ia juga boleh mendatangkan keburukan dan kesan negatif sehingga mampu memusnahkan kehidupan seseorang jika kita lalai dan tidak bijak menggunakannya. Kini, kemudahan akses kepada internet boleh dikatakan sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja. Internet berfungsi sebagai perpustakaan kepada kanak-kanak dan remaja untuk mereka menggali ilmu pelajaran dan tips jawapan yang mungkin tidak diajar di sekolah. Selain itu, mereka tidak perlu membeli... read more

Gotong-Royong Bersama Ahli PI1M

25 July 2017 |

Kecantikan sesuatu tempat tidak hanya bergantung semata-mata kepada hiasan dalaman dan luaran. Faktor kebersihan juga amat penting dan perlu diambil kira. Keselesaan, rasa nyaman dan tenang ketika meluangkan masa atau berada di suatu tempat juga bergantung kepada keadaan persekitaran samada bersih atau sebaliknya lebih-lebih lagi jika kita sering berada di tempat tersebut sebagai contoh sekolah. Sekolah adalah tempat menuntut ilmu dan banyak masa dihabiskan di sekolah. Untuk memastikan kawasan belajar bersih setiap hari, pelajar harus mengikuti jadual kebersihan yang disediakan ketua kelas agar semua dapat menuntut ilmu dengan selesa. Begitu juga... read more

Kuiz ICT Kanak-kanak: Hari Terbuka Aidil Fitri 2017

18 July 2017 |

Sempena Hari Terbuka Aidil Fitri 2017, satu kuiz ICT telah dijalankan khas kepada kanak-kanak yang hadir. Kuiz ini telah dilaksanakan oleh Pi1M Tingkalanon. Tujuan utama kuiz ini ialah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak agar lebih dekat dengan suasana ICT yang semakin maju. Antara focus utama soalan kuiz berkisar kepada peralatan, teknologi dan persekitaran ICT di rumah. Kanak-kanak memberikan respon yang cepat terhadap  perisian permainan dalam gajet, serta mengenali ikon-ikon yang ditunjukkan melalui gambar. Semoga, dengan kuiz kecil seperti ini mampu merapatkan jurang digital dalam kalangan kanak-kanak dalam komuniti ini. Pi1M mengucapkan terima... read more

Advokasi : Check Your Label

18 July 2017 |

Sebagai pengisian kepada Hari Terbuka Aidil Fitri 2017, satu taklimt advokasi telah dijalankan oleh Pi1M Tandek. Taklimat kali ini merangkumi tajuk Check Your Label, yang dijalankan khas kepada peserta dewasa. Tujuan utama taklimat ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta agar sentiasa peka terhadap peralatan telekomunikasi yang mereka beli. Kebanyakan daripada peserta mengakui lebih tertarik dengan harga yang murah, tanpa melihat kepada pengesahan pihak yang bertanggungjawab. Namun, setelah mengetahui bahaya dan risiko yang bakal mereka terima, berberapa orang peserta menyuarakan kebimbangan dalam menggunakan telefon pintar mereka, melalui taklimat ini juga, Pi1M... read more

Hari Terbuka Aidil Fitri 2017

18 July 2017 |

Pada 16 Julai 2017,Pi1M Tandek dan Pi1M Tingkalanon telah berkerjasama dengan Masjid Al-Hidayah serta sahabat AIM (Kumpulan Nur Ukhwah) menganjurkan rumah terbuka Aidil Fitri bagi tahun 2017. Majlis ini telah dijalankan bertempat di Masjid Al-Hidayah. Tujuan utama majlis ini dijalankan ialah untuk mengeratkan silahturahim dalam kalangan komuniti dan Pi1M, selain sebagai ucapan terima kasih di atas sokongan mereka terhadap Pi1M selama ini. Selain jamuan, berberapa acara lain turut dijalankan sebagai pengisian kepada majlis ini, antaranya taklimat advokasi dan juga kuiz ICT khas kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis ini. Selain ahli Pi1M... read more

Advokasi - Check Your Label

30 June 2017 |

Pada hari Rabu yang lepas iaitu bersamaan 14hb Jun 2017, Pusat Internet 1Malaysia mengadakan satu sesi advokasi yang memberi fokus kepada kempen “Check Your Label” atau Periksa Label Anda oleh MCMC.   Ceramah ini berlangsung selama lebih kurang satu jam. Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai label MCMC yang terdapat pada alat komunikasi dan kepentingannya. Peserta diperlihatkan label MCMC yang perlu ada apabila ingin membeli alat komunikasi seperti telefon pintar dan komputer. Selain daripada itu, terdapat cara lain untuk memeriksa kesahihan label MCMC... read more

Bengkel Mencipta Kad

11 June 2017 |

Pada 11/06/2017, Pi1M tandek telah menganjurkan bengkel mencipta Kad Hari Raya kepada ahli Pi1M. Bengkel ini dibuka kepada semua ahli tanpa mengira pegangan agama. Bengkel ini telah disertai oleh 11 orang ahli. Antara pengisian program ialah pengenalan kepada multimedia, dan perisian komputer yang boleh diaplikasikan untuk mencipta kad hari raya. Peserta juga dibenarkan memuat turun contoh gambar dari internet sebagai panduan. Untuk mencipta kad, peserta dibenarkan memilih perisian yang dirasakan sesuai dan mudah untuk digunakan. Pi1M Tandek mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menimba... read more

Bengkel Kemahiran Penggunaan Arabic Font

12 June 2017 |

Pada 12/06/2017 (Selasa), satu bengkel bersama KAFA Kota Marudu telah dijalankan. Bengkel bertajuk “Penggunaan Arabic Font” ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang ingin mempelajari cara penggunaan font ini. Antara pengisian bengkel ini ialah cara pemasangan perisian dan penetapan PC  agar boleh digunakan di dalam perisian Microsoft word.  Bagi tulisan jawi, susunan font pada papan kekunci berbeza dengan abjad biasa (QWERTY), maka setiap peserta perlu menanda papan kekunci masing-masing mengikut tetapan susunan bagi huruf jawi. Contohnya kekunci P adalah untuk huruf Ha = ح . Selain itu, peserta juga diberi berberapa... read more

lagi berita & aktiviti