Pertandingan Slideshow

16 November 2016 |

Pada 13 November yang lalu, PI1M Kg.Tandek telah mengadakan pertandingan menghasilkan slideshow yang bertemakan internet. Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada pelajar sekolah berhampiran iaitu seramai 12 orang. Dalam pertandingan ini, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan yang masing-masing terdiri daripada empat orang termasuk ketua kumpulan yang dilantik. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya lima slide dan membuat pembentangan di mana semua ahli di dalam kumpulan dikehendaki untuk bercakap. Pertandingan ini mendidik setiap peserta untuk lebih aktif dalam kerja berkumpulan dan memupuk sikap kerjasama antara ahli. Selain itu, melatih peserta untuk berani bercakap dihadapan orang ramai serta memantapkan lagi penguasaan Microsoft PowerPoint yang pernah mereka pelajari agar tidak dilupakan. Syabas dan terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.

Gambar : Peserta yang menyertai pertandingan slideshow

Gambar : Pemenang tempat pertama iaitu Kumpulan Kita-Kita Saja. Tahniah!