Sukaneka Kanak-kanak

20 November 2016 |

Pada 19 November 2016, Pi1M Tandek telah menganjurkan sukaneka kanak-kanak sempena “Tamu Terbuka Pi1M” 2016.  Acara ini telah dianjurkan bersama Pi1M dan juga usahawan Pi1M yang terlibat. Acara ini telah dijalankan diperkarangan Pi1M.

Seramai 20 orang kanak-kanak telah menyertai sukaneka ini, ditemani ibu bapa yang turut sibuk untuk memastikan kemenangan anak-anak dalam acara yang disertai.

Antara permainan yang telah dijalankan ialah permainan tiup belon, isi air dalam botol dan pancing botol. Selain melihat gelagat anak-anak dalam acara ini, acara turut diserikan dengan semangat ibu bapa yang tidak henti-henti menjerit memberikan sokongan kepada anak-anak.

Pi1M Tandek mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar.

                                                             

                                                          Gambar : Aksi kanak-kanak dalam acara yang disertai