Tamu Terbuka Pi1M 2016

19 November 2016 |

Pada 19 November 2016, Pi1M Tandek telah menganjurkan Tamu Terbuka Pi1M 2016 dengan kerjasama usahawan di sekitar Pekan Tandek.

Tujuan utama tamu ini dijalankan ialah untuk menggalakan peningkatan pendapatan dalam kalangan usahawan. Selain itu, tamu ini turut dapat mengeratkan silahturahim dalam kalangan usahawan, seterusnya mampu memberikan input berguna kepada mereka melalui perkongsian. Acara ini sekaligus dapat mempromosikan Pi1M kepada mereka.

Antara jualan yang telah disediakan ialah makanan,pakaian bundle, buku dan bunga. Pi1M mengucapkan terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

                                                

                 Gambar : Antara usahawan yang terlibat