PROFILE USAHAWAN : SUBAILAH HJ.SOUD

17 November 2016 | Kisah Kejayaan

Siti Subailah Hj.Soud merupakan anak jati Kg.Rasak Laut,Tandek Kota Marudu.telah mendaftarkan diri sebagai ahli Pi1M pada bulan Ogos 2016. Anak keempat dari 6 orang adik beradik ini menamatkan pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian di Universiti Malaysia Kelantan.

Dengan latarbelakang pendidikan tersebut, beliau kini sedang mengusahakan tanaman bunga untuk tujuan jualan. Baru bermula pada tahun ini, beliau yang dibantu oleh ibunya sudah mula membuahkan hasil dengan tempahan yang semakin banyak setiap minggu. Selain itu, beliau turut menjual bunga di pasar terbuka yang terletak di pekan Kota Marudu.

Untuk mengukuhkan perusahaan beliau, D’Bella Nursery telah dibina bagi menampung jumlah bunga yang ditempah dan di tanam. Selain pameran melalui nursery ini, beliau turut mempromosikan bunga melalui laman facebook https://www.facebook.com/BellaSubailah/?fref=nf

Selain promosi, beliau turut menjual e-book tentang teknik penanaman bunga kertas. Buat masa ini, D’Bella Nursery ditutup untuk sementara kerana sedikit masalah kesihatan ahli keluarga,namun operasi ini dijangka akan disambung pada bulan Disember 2016.

Gambar : Cik Subailah (Kiri)