Hari Keluarga AIM(Blok Tg.Batu) dan Pi1M Tandek 2016

10 December 2016 |

Usahawan merupakan golongan sasar Pi1M dalam mengingkatkan pengetahuan dan perkembangan ekonomi mereka. Untuk tahun kedua,Pi1M bersama Amanah Ikhtiar Malaysia Kota Marudu, Blok Tanjung Batu, meraihkan usahawan wanita yang banyak membantu dan terlibat dalam aktiviti anjuran Pi1M.

Program Hari keluarga usahawan AIM ini telah dijalankan pada 10/12/2016 bertempat di Pi1M Kg.Tandek. Program ini dihadiri seramai 130 orang yang terdiri daripada sahabat AIM, keluarga dan komuniti sekitar kawasan Tandek.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Jakir Wahit, PT AIM Kota Marudu,dengan simbolik pukulan gong. Bagi memeriahkan majlis, berberapa acara telah dijalankan khas kepada peserta yang hadir.

Turut dijalankan ialah penyampaian anugerah kepada pusat AIM yang menunjukkan peningkatan dalam pendapatan dan pembayaran balik pinjaman yang telah diberikan.

Pi1M Kg.Tandek mengucapkan terima kasih kepada pihak AIM Kota Marudu kerana sudi berkerjasama dalam melaksanakan program ini.


Gambar : Pengurus Pi1M Tandek bersama En.Mohd Jakir Wahit, PT AIM Kota Marudu

 

Gambar : Antara peserta/sahabat AIM yang mendapat anugerah AIM

Gambar : Ucapan perasmian oleh En.Mohd Jakir Wahit