Advokasi Hari Keluarga AIM dan Pi1M

10 December 2016 |

Sempena Hari Keluarga AIM 2016, Pi1M Tandek telah menjalankan program advokasi Klik dengan Bijak dan e-waste kepada peserta yang hadir.

Klik dengan bijak kali ini menumpukan kepada penyebaran maklumat palsu dan juga kandungan provokasi yang boleh menyebabkan pelaku dikenakan hukuman. Selain itu, mereka turut disajikan dengan tayangan pendek “pedofil” untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di alam maya.

Bagi e-waste pula, para peserta diberikan taklimat tentang kepentingan pelupusan e-waste secara berhemah, kebaikan dan juga tanggungjawab peserta dalam menjayakan program ini. Dalam kempen kali ini, Pi1M telah menerima lebih 30 item e-waste yang telah diserahkan oleh para peserta.


Gambar : Pengurus Pi1M Tandek sedang memberikan taklimat advokasi