Karok Alihbahasa

10 December 2016 |

Sempena Hari Keluarga AIM 2016, Pi1M Tandek telah menganjurkan aktiviti “karok alihbahasa”. Aktiviti ini dijalankan dengan mengubah Bahasa dalam lagu tersebut ke dalam dialek tempatan iaitu Bahasa Kimaragang ataupun bajau Samah. Selain untuk keseronokan, aktiviti ini turut menguji tahap pemahaman Bahasa melayu para peserta untuk dialih Bahasa ke dalam Bahasa tempatan.

Acara ini telah disertai oleh 12 orang peserta, dan turut diadili oleh berberapa orang pakar Bahasa tempatan.

Pi1M Kg.Tandek mengucapkan terima kasih kepada pihak AIM Kota Marudu kerana sudi berkerjasama dalam melaksanakan program ini dan tahniah kepada semua pemenang.


Gambar : Antara peserta yang bersaing dalam alihbahasa lagu melayu ke bahasa tempatan.