Si Cilik Comel

10 December 2016 |

Sempena Hari Keluarga AIM 2016, Pi1M Tandek telah menganjurkan aktiviti “Si cilik Comel”. Acara ini menyamai pertandingan ratu cantik, namun disertai oleh kanak-kanak berusia 4 hingga 10 tahun.

Para peserta dikehendaki mengayakan pakaian, selain tampil dengan keberanian. Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk memupuk sikap berani, yakin diri dan sentiasa mesra dengan setiap ahli komuniti.

Berberapa aksi kanak-kanak ini begitu memukau dan penuh dengan kejutan kerana tahap umur mereka mampu bertandingan dengan penuh semangat.

 Pi1M Kg.Tandek mengucapkan terima kasih kepada pihak AIM Kota Marudu kerana sudi berkerjasama dalam melaksanakan program ini dan tahniah kepada semua pemenang.


Gambar : Antara aksi si Comel dalam memperagakan pakaian dan gaya