PROFILE USAHAWAN - CIK SARINA BINTI YUSOF

30 December 2016 | Kisah Kejayaan

Cik Sarina tinggal di Kg. Taritipan dan merupakan anak ke lapan daripada sembilan orang adik beradik.  Pada awalnya, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Oleh itu beliau selalunya hanya menggunakan perkhidmatan luar seperti meminta menaip surat dan sebagainya. Beliau kini sering datang ke PI1M untuk mempelajari cara menggunakan komputer. Baru- baru ini beliau telah mengikuti Latihan Keusahawanan dan Advokasi yang anjurkan oleh PI1M. Beliau juga telah belajar untuk membuat "signboard" kedai. Selain daripada itu, beliau juga dapat mempelajari cara yang berkesan untuk mempromosikan produk, membuat poster dan signboard serta ciri-ciri usahawan yang berjaya. Pusat Internet 1Malaysia menawarkan latihan berteraskan keusahawanan seperti idea-idea perniagaan, cara melakukan promosi online melalui pelbagai medium seperti mudah.my, instagram dan laman sosial Facebook selain latihan ICT. Melalui latihan ini Cik Sarina dapat menambahkan pengetahuan mengenai aspek keusahawanan seterusnya mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari di PI1M. Akan datang Cik Sarina berhasrat untuk belajar di PI1M bagaimana melakukan transaksi secara online. Semoga perniagaan Cik Sarina maju dan terus sukses!

Gambar : Cik Sarina bergambar selepas mengikuti aktiviti Advokasi di PI1M