Mengenai PI1M

MAKLUMAT PI1M KAMPUNG TANDEK

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yand dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Celcom dan Nusuara Technologies Sdn. Bhd. bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sejajar dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah sebanyak 50% pada akhir tahun 2010. 

 

Dalam usaha menjayakan projek ini, pelbagai program, latihan dan bengkel berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bakal diperkenal dan disebarkan kepada seluruh komuniti secara percuma tanpa mengira peringkat umur, agama dan bangsa agar ilmu ICT ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Pi1M Kg.Tandek terletak kira-kira 20km dari pekan Kota Marudu, Kawasan persekitaran Pi1M dikelilingi oleh bangunan penting seperti sekolah, klinik kesihatan, pejabat belia dan sukan serta kedai. 

 

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia ialah:

1.            Perkhidmatan Menaip

2.            Penggunaan Internet

3.            Ruang Mesyuarat yang lengkap

4.            Kelas ICT secara percuma

5.            Latihan Keusahawanan

6.            Program Kerjasama dengan badan-badan lain

7.            Penggunaan WiFi

8.            Program bersama komuniti untuk memperkasakan pengetahuan ICT

9.            Membantu golongan tua dalam bidang ICT

 

PI1M Kg. Tandek telah dibuka pada 6 Disember 2012. Sejak mula beroperasi, PI1M Kg. Tandek telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada penduduk sekitar.Antara program yang dijalankan ialah ceramah 'Klik Dengan Bijak' yang bertujuan memberi kesedaran tentang keselamtan, tanggungjawab dan waspada semasa menggunakan internet, latihan keusahawanan yang bertujuan melahirkan usahawan atas talian dan pelbagai aktivti menarik yang dianjurkan setiap bulan. Pusat Interent 1 Malaysia Kg.Tandek kini bukan sahaja dikunjungi oleh pelajar malah dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai latarbelakang yang berbeza seperti kakitangan awam, peniaga, petani, nelayan, JKKK/ketua kampung serta persatuan yang terdapat di kawasan tandek.