Ekonomi dan Keusahawanan

KEGIATAN EKONOMI


Tandek merupakan sebuah kawasan yang terletak di antara kawasan berbukit, tanah rata dan juga laut. Dengan bentuk geografi ini, terdapat berberapa kegiatan ekonomi yang dijalankan seperti:

Pertanian

Antara kegiatan ekonomi yang banyak dilakukan oleh penduduk sekitar. Tanaman yang sering diusahakan ialah kelapa, pisang, sayur-sayuran dan padi.

Selain itu,terdapat juga penduduk yang mengusahakan kegiatan perladangan seperti tanaman kelapa sawit dan getah.

Perikanan (Nelayan)

Kegiatan perikanan tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Tandek, walaupun dijalankan dalam skala yang kecil, namun kegiatan ini memberikan pulangan yang lumayan terutamanya bagi tangkapan udang. Bagi penduduk Tandek hari Khamis merupakan hari untuk mendapatkan ikan-ikan segar kerana pada hari tersebut, pasar tamu akan dijalankan di Pekan Tandek.

Keusahawanan

Terdapat juga penduduk Tandek yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan seperti penjualan kraftangan, biskut dan juga perusahaan ketam lembut.

Antara usahawan yang telah berdaftar bagi Pi1M Tandek ialah :


1.

Nama : Abduk Kahar Bin Madnipa

Produk : Bunga

Facebook:https:https://www.facebook.com/Bunga-Hiasan-471847389654178/?fref=ts


2.

Nama : Norsiah Binti Alipudin

Produk : Kraftangan

Facebook:https://www.facebook.com/Lilin-Hiasan-Kraftangan-1504144813202936/?fref=ts

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.