Maklumat Tempatan

MAKLUMAT KOMUNITI KAMPUNG TANDEK

Sejarah kewujudan Kampung Tandek tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun titik tolak kepada pembukaan kampung ini bermula dengan penubuhan sekolah rendah yang pertama iaitu Government Primary School (GPS). GPS (Government Primary School) Tandek merupakan sekolah pertama di daerah Kota Marudu, Sabah. Dibina sejak tahun 1935 dan beroperasi mulai 1936. GPS Tandek pada awal penubuhannya hanyalah sebuah bangunan yang didirikan di atas sebidang tanah yang dihadiahkan oleh Ketua Kampung Tandek ketika itu, iaitu En. OT Biting Bin Pastil. Sejarah awal penubuhan SK Tandek bermula daripada kolektif minda beberapa orang pemimpin masyarakat Tandek dan didirikan secara bergotong royong ketika itu . Antara individu yang dikatakan terlibat secara aktif dalam menubuhkan sekolah ini ialah :

a. En. NC Jamari @ Hj. Jamal bin Ponggoran (aktivis politik sebelum merdeka – telah meninggal)

b. En. OT Eem bin Embun (Ketua Kampung Tingkalanon – telah meninggal)

c. En. Ejen bin Yalamat (Ketua Anak Negeri Tandek – telah meninggal)

d. En. OT Biting bin Pastil (Ketua Kampung, Kg. Tandek - telah meninggal)

Penubuhan sekolah ini ialah dapat memberi dan membentuk kesedaran kepentingan pendidikan kepada masyarakat setempat khususnya "momogun kimaragang" (kini nama bangsa ini semakin dilupakan dan digantikan dengan "Dusun" atau "Kadazan.

Setelah pembukaan sekolah ini, aktiviti ekonomi telah bermula di sekitar kawasan sekolah dan akhirnya telah menjadi satu penempatan bagi masyarakat Bajau dan juga Momogun Kimaragang. Semoga Allah merahmati mereka yang telah berjuang dalam pembukaan Kampung Tandek.

Kini Kawasan Kampung Tandek dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Tandek Laut, Suang Kepoh, Rasak Laut dan Tandek Hilir. Keempat-empat bahagian ini bernaung di bawah pentadbiran ketua kampung yang sama. KK Zaman Haji Bayang yang mengetuai pentadbiran Kampung Tandek/Rasak Laut sejak tahun 2012 merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga merupakan anak kepada mantan ketua kampung sebelum ini, KK Haji Bayang Bin Mustari (telah meninggal dunia). Untuk memastikan kredibilti sebagai seorang ketua kampung, KK Zaman kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran.

   

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Tandek

Jarak dari Kota Kinabalu

180 km

Adun

N.5 Tandek

Parlimen

P.168 Kota Marudu

Daerah

Kota Marudu

Negeri

Sabah

Populasi

1020 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian,perniagaan dan perikanan

Jumlah Keahlian

(setakat 27/09/2017)

966 orang

Lat/Long PI1M

6.5325959, 116.8498051

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

6 Disember 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Boby Addy Nasry Bin Hj.Mustapah

Email: boby@celcom1cbc.com

No Telefon:016-5574901

Penolong Pengurus

Nama: Hamlina Binti Tahir

Email: hamlina@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8878046

Website

http://www.celcom1cbc.com/tandek

Kampung Tanpa Wayar

1.KTW Kg.Asin-Asin

2.KTW Tandek Laut

3.KTW Tandek

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.