Pendidikan

PENDIDIKAN

Untuk pendidikan anak-anak Tandek,penduduk terdahulu telah berusaha untuk mendapatkan sekolah di kawasan Tandek. Dengan usaha tersebut,terdapat 3 buah sekolah yang telah di bina di kawasan Tandek.

SK Tandek

SK Tandek merupakan sebuah sekolah yang pertama di bina di daerah Kota Marudu. Dahulunya, sekolah ini dikenali sebagai GPS (Government Primary School). Dibina sejak tahun 1935 dan beroperasi mulai 1936. GPS Tandek pada awal penubuhannya hanyalah sebuah bangunan yang didirikan di atas sebidang tanah yang dihadiahkan oleh Ketua Kampung Tandek ketika itu, iaitu En. OT Biting bin Pastil. Sejarah awal penubuhan SK Tandek bermula daripada kolektif minda beberapa orang pemimpin masyarakat Tandek dan didirikan secara bergotong royong ketika itu 

Sekolah ini terletak kira-kira 900 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Tandek. Pada tahun 2015, sekolah ini di bawah pentadbiran Cikgu Jubili Bin Intang selaku guru besar.

SMK Tandek

SMK Tandek SMK Tandek mula dibuka pada 4 Januari 1988. Ketika itu SMK Tandek ditadbir oleh Ustaz Zainuddin B. Hj. Naim. Sekolah ini kemudiannya mendapat khidmat dua orang guru lepasan Maktab Perguruan iaitu seorang dari Maktab perguruan Gaya dan seorang lagi dari Maktab Perguruan Keningau. Pertambahan jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, menyukarkan sekolah menengah yang sedia ada iaitu SMK Kota Marudu untuk menampung tempat belajar bagi pelajar-pelajar terutamanya di sekitar Tandek.

Pada awal penubuhannya SMK Tandek menerima pelajar-pelajar pertamanya dari tujuh buah sekolah rendah berhampiran iaitu SK. Tandek., SK Ongkilan, SK Salimandut, SK Masolog, SK Talantang dan SK Tg. Batu. Dengan bilangan pelajar seramai 156 orang, SMK Tandek menjalankan proses pengajaran dan pembelajarannya dengan menumpang bangunan SK Tandek, Kota Marudu. Ketika itu SMK Tandek menggunakan sebuah bilik pentadbiran, sebuah bilik guru dan empat buah bilik darjah. Pada tahun 1991, warga SMK Tandek telah berpindah ke bangunan tetapnya. Bangunan baru yang dibina di kawasan seluas 28 ekar mempunyai berbagai kemudahan dan prasarana seperti padang permainan, dewan utama, dewan asrama, makmal, bengkel dan sebagainya. Pada Februari 2010, SMK Tandek telah menerima watikah perisytiharan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar. Penganugerahan ini telah menjadikan SMK Tandek sebagai sekolah pertama yang menerima anugerah seumpama itu bukan sahaja di Daerah Kota Marudu, tetapi juga di peringkat Zon Utara.  SMK Tandek kini di bawah pentadbiran Cikgu Jainim Bin Samaron, seorang anak jati Tandek selaku pengetua.

SAN Tandek

Sekolah Agama Negeri Tandek (SAN Tandek) telah dibina pada tahun 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014 bagi menggantikan Sekolah Agama Tandek yang juga berdekatan dengan SK TAndek. Sekolah ini memberi pendidikan agama islam kepada murid-murid sekolah rendah. Sekolah ini terletak berhampiran Masjid Al-Hidayah dan di bawah pentadbiran Ustazah Shamsiah Jamari selaku guru besar


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.