Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Celcom dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sejajar dengan hasrat perdana menteri Malaysia iaitu untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah sebanyak 50% pada akhir tahun 2010.

 

Dalam usaha menjayakan projek ini, pelbagai program, latihan dan bengkel berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bakal diperkenal dan disebarkan kepada seluruh komuniti secara percuma tanpa mengira peringkat umur, agama dan bangsa agar ilmu ICT ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Pi1M Kg.Tandek telah dibuka pada awal November 2012. Sejak mula beroperasi, Pi1M Kg.Tandek telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada penduduk sekitar. Antara program yang dijalankan ialah ceramah 'Klik Dengan Bijak' yang bertujuan memberi kesedaran tentang keselamatan.tanggungjawab dan sentiasa waspada semasa menggunakan internet, GMBO yang bertujuan melahirkan usahawan atas talian dan pelbagai aktivti menarik. Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Tandek kini menjadi tumpuan daripada pelbagai lapisan masyarakat bermula dari pelajar, kakitangan awam,petani, nelayan, JKKK,Ketua Kampung dan juga persatuan-persatuan yang terdapat di sekitar Tandek.  


Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada:

Pengurus: Boby Addy Nasry Bin Mustapah. E-mail : boby@celcom1cbc.com Tel: 0111-9554901

Penolong pengurus:Hamlina Binti Tahir, E-mail : hamlina@celcom1cbc.com / Tel: 010-9515234


Hadapi Masalah? Rujuk Panduan