Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama SK Sualok

24 August 2016 |

Pada 24 Ogos 2016, Pi1M Pekan Telupid bersama Pi1m Kg Gana Jati dan Pi1M Bintang Mas telah mengadakan satu program Advokasi KDB yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sualok, Beluran. Program ini telah melibatkan seramai 148 pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. Program ini bertujuan memberikan kesedaran awal kepada pelajar-pelajar sekolah agar tidak terjebak dan lalai pada arus kemajuan pada masa kini. Selain itu, mereka juga telah diberi penerangan tentang bahayanya penipuan di dalam internet dan sebagainya.

            Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah di isi dengan kuiz, pertandingan mewarna jalur gemilang menggunakan notebook bagi pelajar tahap dua serta pertandingan mewarna bagi pelajar tahap 1.

 

            Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.