Usahawan Tempatan- Valentine Tony

20 June 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Valentine Tony atau dengan panggilan glamour, Ojoe berasal dari Tambunan, dan menetap di Telupid semenjak umur 15 tahun. Beliau berumur 26 Tahun dan telah menamatkan pengajian di Almacrest International College di Kota Kinabalu dalam bidang Diploma in Leisure Management dan sekarang bekerja sebagai freelancer MC, dan DJ Karaoke.

 

Beliau menggunakan kemudahan internet untuk mempelajari perkara baru seperti cara pemakaian dan alatan-alatan karaoke berteknologi tinggi serta mempelajari teknik dan asas Photoshop untuk iklan dan pemasaran diri bagi memperluaskan lagi ilmu beliau dalam bidang pengacaraan.

 

Beliau juga berpendapat bahawa Pi1M merupakan satu kemudahan yang membekalkan perkhidmatan yang amat diperlukan pada zaman kini. Ini kerana perkhidmatan wifi percuma serta perkhidmatan lain yang dibekalkan telah memudahkan beliau untuk memperluaskan lagi pasaran sebagai pengacara / DJ.

 

Beliau juga kerap mengikuti kelas usahawan bagi mempelajari cara-cara mempromosi serta meningkatkan lagi softskill yang terdapat dalam diri beliau.

 

Kesimpulan, kejayaan seseorang dalam mencari perkerjaan bukan dari segi 100% sijil yang dipegang, tetapi juga dari pengalaman kerja serta minat dalam pekerjaan yang diingini