Pengguna Paling Aktif Pi1M Bulan Disember

28 December 2016 | Berita Terkini

Pi1M Pekan Telupid telah membuat peraduan pada 28 Disember 2016. Peraduan ini dinamakan Peraduan Pengguna Paling Aktif Siri-12/2016. Aktiviti bermula sejak awal bulan 01 Disember 2016 sehingga tarikh 30 Disember 2016. Peraduan ini telah diadakan di Pi1M Pekan Telupid, Daerah Telupid, Sabah. Tujuan aktiviti atau peraduan ini diadakan adalah untuk memberi dorongan untuk Ahli Pi1M untuk mengaktifkan diri menggunakan perkhidmatan Pi1M.

Seramai 15 pengguna yang datang untuk menyertai peraduan ini. Mata dikira bergantung dengan berapa kekerapan mereka menulis di log kedatangan dan hadir untuk menggunakan kemudahan internet di Pi1M Pekan Telupid. Mata hanya diambil kira jika ahli mengisi penuh maklumat (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan & Tandatangan) di dalam buku log yang disediakan oleh staff. Pemenang akan diberikan saguhati. Bagi pemenang pada bulan ini (Oktober) telah dimenangi oleh adik Shcowen (010815120927) dan merupakan ahli yang bertahan menggunakan khidmat internet secara berkala.

Manfaat di dalam program ini adalah mendedahkan kepada pengguna (Ahli Pi1M) untuk terus menggunakan perkhidmatan Pi1M dan mewujudkan lagi lebih ramai yang datang untuk menyertai peraduan ini.