Mengenai PI1M
MAKLUMAT PI1M PEKAN TELUPID
Pusat
Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan
kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program
Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di
kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif
penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan
perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan
luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet
1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan
(Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada
komuniti sekitar.
Perkhidmatan
lain yang disediakan:
·
Menaip
·
Kelas Komputer / ICT (Percuma Untuk Ahli)
· Bilik Mesyuarat
MAKLUMAT KOMUNITI & SEJARAH PEKAN TELUPID
Telupid
mula diduduki seawal tahun 1940an dan merupakan kawasan laluan peristiwa
bersejarah ‘Death March’ semasa Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945.
Daerah ini diwujudkan sekitar tahun 1965 iaitu selepas kira-kira tiga
tahun Negeri Sabah diisytiharkan merdeka yang seterusnya menyertai pembentukan
Malaysia. Pada ketika itu Telupid hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil
yang didiami oleh suku kaum Dusun. Perkembangan pembangunan daerah ini
bemula apabila Kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan
Australia menerusi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dengan
Daerah Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP)
dalam tahun 1968. Pekan Telupid adalah lokasi utama pentadbiran dan
pengurusan projek tersebut.
Pekan
Telupid ini berada di pertengahan lebuh raya di antara pekan Ranau dengan
bandar Sandakan iaitu dianggarkan 98 km dari pekan Ranau, 100 km dari pekan
Beluran, dan 130 km dari bandar Sandakan. Pekan ini telah wujud sejak
berpuluh-puluh tahun yang lalu kerana lebuh raya di antara pekan Ranau dengan
bandar Sandakan mesti melalui pekan ini. Pekan ini juga menjadi tumpuan
persinggahan kepada bas-bas ekspres serta pemandu kereta dari Kota Kinabalu,
Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna.
Pekan
ini juga tidak ketinggalan dari segi ekonominya. Kebanyakan penduduk-penduduk
sekitar Telupid menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, ubi,
buah-buahan, dan juga menternak binatang serta ikan air tawar. Kebanyakan
hasil-hasil ini digunakan untuk kegunaan harian ataupun dipasarkan di pekan
Telupid semasa Pasar Tamu Sabtu dan Ahad ataupun pada hari kebiasaannya.
Sebahagian
penduduk kampung di Telupid juga menjalankan penanaman sawit untuk dijual
kepada pengilang kelapa sawit. Sehubungan dengan itu, penanaman pokok getah
juga terdapat di Telupid, bagaimanapun jumlahnya tidak begitu besar berbanding
dengan yang ditanam oleh para penduduk kampung. Terdapat juga beberapa deretan
kedai yang menjual barangan runcit, restoran, klinik, dan juga beberapa jenis
kedai lain. Pejabat pos mini juga terdapat di pekan ini.
MAKLUMAT PI1M & KOMUNITI PEKAN TELUPID
Lokasi |
Telupid |
UST Area |
|
Daerah |
Pekan Telupid |
Negeri |
Sabah |
Populasi |
720 |
Aktiviti Ekonomi Utama |
Pertanian (Kelapa Sawit), Perniagaan
Kecil-kecilan, Makan Gaji |
Jumlah Keahlian (setakat 2 Disember 2015) |
1768 |
Lat/Long PI1M |
5.629772, 117.128755 |
Teknologi |
Hub & Spoke – Microwave |
Permberi Perkhidmatan |
Celcom Axiata Berhad |
Tarikh Bermula Beroperasi |
15 Mac 2010 |
Maklumat Pengurusan PI1M |
Pengurus Name: Fithzdowell Sindin Email: fithzdowell@celcom1cbc.com No Telefon: 014-5606996 Penolong Pengurus Nama: Zamadiani Binti Amukat Email: zamadiani@celcom1cbc.com No Telefon: 014-9581946 |
Website |
|
Kampung Tanpa Wayar |
1.
Zone 1: Pi1M Telupid (20m Pole Tower) 2.
Zone 2: 5 Talk Restaurant (12m Pole) 3.
Zone 3: Pejabat Perubatan (12m Pole) 4.
Zone 4: Pejabat LIGS (12m Pole) 5.
Zone 5: Queen Telupid Hotel (12m
Pole) 6.
Zone 6: SK Pekan Telupid (12m Pole) 7.
Zone 7: Perpustakaan Desa (12m Pole) 8.
Zone 8: SMK Telupid Asrama (12m Pole) 9.
Zone 9: SMK Telupid Flat (12m Pole) 10.
Zone 10: Jbtn Pertanian (12m Pole) |