Ekonomi dan Keusahawanan

Antara sumber pendapatan yang aktif di Pekan Telupid adalah:

1. Perusahaan Kelapa Sawit
-Perusahaan kebun kelapa sawit merupakan salah satu sumber ekonomi yang terbanyak di daerah Telupid. Kebanyakkan penduduk memiliki tanah persendirian yang membolehkan mereka mengusahakan sumber ekonomi ini dengan lebih giat dan aktif. Selain itu, badan-badan NGO serta kerajaan juga banyak membantu dalam meningkatkan lagi sumber perusahaan ini dengan memberi dana serta subsidi kepada penduduk yang mengusahakan kelapa sawit.


2. Getah
-Selain daripada perusahaan kelapa sawit, perusahaan pokok getah juga merupakan sumber ekonomi bagi penduduk daerah Telupid. Sumber ekonomi ini telah lama bertapak di daerah Telupid dan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam menjana pendapatan bagi penduduk daerah Telupid. Banyak kemudaha yang telah disalurkan bagi pengusaha pokok getah ini seperti subsidi baja, tempat menjual kepingan getah yang telah diproses dan banyak lagi.


3. Perniagaan Sendiri (Kedai Runcit, Cyber Cafe, Dsb.)
-Setelah beberapa dekad berlalu, daerah Telupid telah mendapat wajah baru dimana pelbagai pembangunan telah dipertingkatkan bagi membantu penduduk daerah Telupid menjana sumber pendapatan sendiri. Rumah-rumah kedai serta SEDCO telah dibina bagi memberi peluang kepada penduduk menjalankan perniagaan mereka sendiri seperti restoran, kedai-kedai runcit, butik pakaian dan banyak lagi.

4. Pasar Tamu Mingguan
- Pekebun-pekebun kecil, peniaga-peniaga barangan serta makanan  juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti jual beli mereka untuk menambahkan lagi pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. Pasar Tamu Mingguan yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad telah menjadi rutin harian bagi peniaga serta pekebun kecil. Pasar Tamu Mingguan daerah Telupid bermula dari jam 6.00 pagi dan akan berakhir pada jam 1.00 tengahari. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.