Kemudahan Awam

Antara kemudahan awam boleh didapati sekitar Daerah Pekan Telupid:-

 

1. Sekolah

Sekolah Rendah - 29 buah

Sekolah Menengah - 2 buah

Sekolah yang berhampiran dengan Pusat Internet 1 Malaysia adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid dan Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid.

 

2. Bekalan Air Minum

Bekalan air dibekalkan oleh Jabatan Air, Pekan Telupid dan menyalurkan air hanya untuk sekitar Pekan Telupid sahaja. 

 

3.Kemudahan Perubatan

Pusat Kesihatan - 1 buah

Klinik Kesihatan Telupid merupakan pusat kesihatan utama yang  terletak didalam kawasan daerah Telupid dan ianya menjadi tumpuan komuniti setempat daripada kawasan lain.

 

4. Perhubungan

Jalanraya

Telefon

Jalanraya merupakan jalan utama yang menghubungkan Ranau dan Sandakan.

 

5. Pengangkutan

Kenderaan Bas Mini

Kenderaan Motokar

Bas stesen yang terdapat berdekatan dengan bangunan Pejabat Pertanian, Pekan Telupid menyediakan perkhidmatan bus ke bandar Sandakan, Ranau, dan Kota Kinabalu kepada orang awam.

 

6. Keselamatan

Setakat ini masih bergantung kepada perkhidmatan Polis daripada daerah Telupid. Begitu juga  dengan bantuan bomba daripada  Ranau & Kinabatangan (Mana yang terdekat). Perancangan untuk mewujudkan Balai Polis serta Balai Bomba sedang dalam proses.

 

7. Bekalan Letrik

Diselenggarakan sepenuhnya oleh SESB Sdn. Bhd. Telupid

 

9. Lain lain kemudahan

Selain daripada kemudahan diatas, Pekan Telupid juga menyediakan kemudahan tempat beribadat seperti Masjid, Gereja dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Perkhidmatan pejabat pos mini juga turut disediakan bertempat di Bangungan Lama Sedco.

Bagi kemudahan dewan serbaguna untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan adalah seperti Dewan serbaguna Pekan Pekan Telupid.

Tandas Awam ada juga dibina untuk kegunaan penduduk awam.

Gellanggan futsal disediakan untuk tempat riadah belia-belia Pekan Telupid.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.