Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Apakah itu PI1M ?

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) kini dikenali sebagai Pusat Internet Satu Malaysia PI1M) adalah inisiatif terkini daripada Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dalam usaha merapatkan jurang digital komuniti setempat. PI1M memberikan kesan langsung kepada pembangunan ICT terutama sekali latihan-latihan yang dijalankan kepada semua peringkat umur.


Apakah itu SKMM?

SKMM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksanakan dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sector komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran dan juga perkhidmatan internet.


Apakah Tujuan PI1M Ditubuhkan?

Program ini bertujuan untuk mencapai pembangunan yang seimbang dari segi pengetahuan ICT di antara kawasan bandar dan luar bandar. Walaupun perkhidmatan yang disediakan PI1M adalah berbayar, namun kadar bayaran adalah sangat minimum dan perkara yang dititik-beratkan adalah BUKAN KEUNTUNGAN, tetapi lebih menitikberatkan kemajuan sosial dan ekonomi penduduk luar bandar hasil daripada kewujudan PI1M. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif tersebut, kelas ICT percuma turut dijalankan untuk melatih golongan yang belum mempunyai asas ICT.


Lokasi

Bersebelahan dengan bangunan Pejabat Daerah Telupid.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan